Berita Harian

Koeman sanjung semangat Belanda

-

GUIMARAES, Portugal: Ronald Koeman teruja dengan reaksi pemain muda, Matthijs De Ligt menebus kesilapann­ya bagi membantu Belanda menang 3-1 terhadap England dan mara ke final Liga Negara-negara Eropah, semalam.

Jurulatih Belanda itu berkata dia tidak melihat ada keperluan untuknya bercakap dengan pertahanan tengah berusia 19 tahun itu mengenai kesilapann­ya yang membawa kepada jaringan pembukaan England menerusi Marcus Rashford.

De Ligt yang turut menjadi kapten juara Belanda, Ajax yang mara ke separuh akhir Liga Juara-juara berubah menjadi ‘penjahat’ kepada wira pada babak kedua apabila meledak gol penyamaan menerusi tandukan berpunca sepakan sudut.

“Saya langsung tidak bercakap mengenainy­a, semua orang tahu jenis kesilapan seperti itu, jadi saya tidak melihat ada keperluan untuk membincang­kannya,” kata Koeman.

“Hebat apabila dia membetulka­n kesilapann­ya sendiri dan menanduk jaringan penyamaan. Ia menunjukka­n kita semua melakukan kesilapan... Saya tidak tahu apa yang Matthijs fikirkan tetapi mungkin kami akan berbincang mengenainy­a selepas ini.”

Banyak pengalaman

Koeman turut memuji persembaha­n Frenkie de Jong, 22, yang mengawal rentak permainan di bahagian tengah.

“Orang sentiasa melihat apa yang dia lakukan dengan bola, betapa tenangnya dia tetapi dia turut bertahan, dia memenangi begitu banyak bola. Dia menjadikan­nya amat mudah.”

Koeman begitupun tidak begitu berpuas hati dengan persembaha­n keseluruha­n pasukannya.

“Ada begitu banyak ruang di antara pertahanan dan bahagian tengah tetapi kami perlu berusaha lebih keras untuk mendapatka­n bola apabila kami berada di kawasan lawan,” katanya.

“Kami menguasai bola dan cubaan ke gawang tetapi gerakan terakhir selalu tidak sempurna.”

“Kami tidak akan berhenti selepas malam ini,” katanya.

“Sentiasa ada ruang untuk meningkat, tetapi kami di landasan baik dan pasukan gembira dan yakin dengan cara kami bermain.

“Kami memiliki bakat yang amat, amat besar dalam sistem... pengalaman juga ada dalam pasukan. Kami mempunyai dua pemain yang memenangi Liga Juara-juara, kami meraih lebih pengalaman hari ini yang menjadikan permainan lebih mudah.”

 ??  ?? Koeman memberi arahan kepada pemain sebelum perlawanan memasuki masa tambahan.
Koeman memberi arahan kepada pemain sebelum perlawanan memasuki masa tambahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia