Berita Harian

Chong Wei legenda sepanjang zaman

Akan diingati sebagai ‘Raja Siri Super’ selain jaguh 3 Olimpik

- Oleh Helmi Talkah

Jaguh perseorang­an lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei tetap akan diingati sebagai legenda badminton dunia sepanjang zaman biarpun dia membuat keputusan untuk menggantun­g raket.

Bekas pemain perseorang­an lelaki kebangsaan, Rashid Sidek, menyifatka­n Chong Wei dan bintang China, Lin Dan sebagai dua ikon badminton dunia yang terlalu sukar untuk dicari ganti.

“Seluruh peminat badminton dunia akan tetap mengingati

Chong Wei dan Lin Dan sampai bila-bila.

Perseterua­n antara Chong Wei dengan Lin Dan akan paling diingati.

“Kalau Chong Wei bertemu Lin Dan, ia akan dianggap sebagai perlawanan klasik.

“Walaupun Chong Wei tidak memenangi gelaran dalam kejohanan utama tetapi orang akan ingat dia sebagai ‘Raja Siri Super’ susulan kejayaanny­a muncul juara dalam banyak kejohanan,” kata Rashid kepada BH Sukan.

BH Sukan semalam melaporkan Chong Wei yang juga bekas pemain nombor satu dunia dijangka membuat pengumuman berhubung masa depan kerjayanya, minggu depan.

Tak perlu menyesal

Bagaimanap­un, pemenang pingat perak Olimpik tiga kali itu menegaskan pengumuman hanya akan dibuat selepas mengadakan pertemuan dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan barisan jurulatih.

Mengulas lanjut, Rashid yang juga bekas jurulatih kebangsaan, berkata Chong Wei tidak perlu menyesal sekiranya membuat keputusan untuk bersara ketika ini biarpun dia tidak berjaya memenangi gelaran dalam kejohanan utama seperti pingat emas Sukan Olimpik dan Kejohanan Dunia.

“Sepanjang kerjayanya, saya tahu dia sudah cuba yang terbaik. Setengah pemain, mereka cakap sudah cuba yang terbaik tetapi kita tak nampak pun daripada segi perbuatann­ya.

“Namun, Chong Wei berbeza kerana kita semua dapat lihat apa yang sudah dilakukann­ya. Dia perlu terima hakikat yang rezekinya setakat itu saja.

“Jadi, bagi saya dia tidak perlu menyesal. Mana ada pemain yang berjaya mara ke final Olimpik tiga kali berturuttu­rut seperti mana yang dilakukann­ya, ia sesuatu yang luar biasa,” kata Rashid yang turut memainkan peranan membantu Chong Wei memenangi perak pada Olimpik London 2012. Bekas pemain kebangsaan

Chong Wei mula memenangi pingat perak temasya Olimpik bermula Beijing 2008 diikuti London 2012 dan Rio 2016. Dia juga tiga kali muncul naib juara dunia bermula 2011 di London, 2013 di Guangzhou dan 2015 di Jakarta.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia