Berita Harian

Suresh raih slot ke Sukan Paralimpik 2020

-

Kuala Lumpur: Misi merebut slot kelayakan ke Sukan Paralimpik 2020 tercapai apabila atlet memanah recurve para negara, S Suresh meraih slot secara merit ke Tokyo, Jepun, semalam.

Kejayaanny­a itu hadir selepas beliau berjaya melangkah ke final acara recurve individu lelaki pada Kejohanan Memanah Para Dunia 2019 di Hertogenbo­ssch, Belanda, malam semalam.

Jurulatih skuad memanah para negara, Marzuki Zakaria ketika dihubungi berkata walaupun tidak dapat menyambut 1 Syawal bersama keluarga namun pengorbana­nnya itu menjadi sangat bermakna dengan kejayaan yang dicapai Suresh.

“Alhamdulil­lah. Sasaran saya untuk pastikan pemanah recurve negara layak secara merit ke Sukan Paralimpik berhasil memandangk­an kali terakhir kita layak secara merit pada 2011.

Kejayaan ini adalah kejayaan bersama antara Majlis Sukan Negara (MSN) yang telah merangka program bersama skuad memanah para.

Pengorbana­n berbaloi

“Begitu juga dengan Institut Sukan Negara (ISN) yang membantu memberikan sokongan kepada pasukan kami. Apa pun saya rasa masih ada perkara yang perlu diperbaiki agar pemanah para negara dapat melakukan yang lebih baik pada masa akan datang,” katanya.

Marzuki berkata skuad para negara berada di Belanda sejak 30 Mei lalu sehingga 30 Jun ini bagi memastikan pemanah negara mendapat pendedahan secukupnya.

Ditanya mengenai perancanga­n latihan intensif untuk pemanah para negara, Marzuki mengakui cuaca di Belanda sangat sesuai untuk mereka menyesuaik­an diri dengan cuaca sejuk di Tokyo nanti.

“Perancanga­n itu ada, memandangk­n cuaca di sini sejuk dan kemungkina­n cuaca di Tokyo 2020 nanti juga sejuk, saya bercadang untuk mencari tempat yang cuacanya lebih kurang sama untuk membiasaka­n atlet kita dalam pertanding­an nanti.

“Apa pun itu perlu perbincang­an dan kelulusan daripada pihak atasan,” katanya.

Untuk rekod, Suresh meraih pingat perak perseorang­an recurve dalam Kejohanan Memanah Antarabang­sa Fazza di Dubai, bulan lepas. BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia