Berita Harian

Nur Dhabitah tak boleh tinggal Wuhan

- - Oleh Jumiati Rosly

Kuala Lumpur: Penerjun wanita negara, Nur Dhabitah Sabri bakal pulang ke ‘kampung’ di Wuhan, China pada Hari Raya keempat hari ini bagi bersama-sama skuad terjun negara dalam menjalani persiapan menjelang Kejohanan Dunia FINA ke-18 di Gwangju, Korea Selatan pada Julai nanti.

Muncul sebagai penerjun negara tunggal menghadiah­kan pingat buat negara pada Siri Dunia Terjun FINA yang terakhir bulan lalu, Dhabitah berkata pada tahun ini beliau akan menyambut lebaran di Melaka bersama keluarga abangnya, Muhammad Safuan.

“Berbanding tahun sebelum ini selalunya saya tak dapat beraya di sini tetapi pada tahun ini saya dapat meraikan Hari Raya cuma mak ayah saya tak berada di sini kerana pergi bercuti ke New Zealand.

Intai kelayakan Olimpik

“Pada raya keempat saya akan pulang ke ‘kampung’ di Wuhan bagi kem latihan persiapan ke Kejohanan Dunia pula,” katanya.

Skuad terjun negara yang kini di bawah bimbingan jurulatih dari China, Li Rui dan juga jurulatih Australia, Christian Brooker sering menjadikan China sebagai destinasi latihan dalam menghadapi kejohanan besar memandangk­an kehebatan negara itu dalam melahirkan jaguh terjun dunia.

Penerjun berumur 20 tahun itu berkata Kejohanan Dunia adalah penting buatnya bagi melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo.

“Kejohanan Dunia adalah fokus saya dan juga sasaran utama skuad terjun negara untuk tahun ini. Bagi Sukan SEA di Filipina (30 November-11 Disember) pula, kami masih belum dimaklumka­n tentang penyertaan ke sana lagi pun kami dikhabarka­n tuan rumah bakal menyenarai­kan acara yang sangat terhad nanti,” katanya.

Dhabitah berkata, skuad terjun negara bakal berada di Wuhan selama sebulan sebelum kembali sebentar ke tanah air sebelum bertolak ke Kejohanan Dunia di Gwangju yang akan berlangsun­g pada 12-20 Julai.

 ??  ?? Nur Dhabitah Sabri
Nur Dhabitah Sabri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia