Berita Harian

Jackie Wong pecah rekod kebangsaan

-

Kuala Lumpur: Atlet baling tukul besi negara, Jackie Wong Siew Cheer mencipta rekod baharu kebangsaan buat kali ke-14 selepas mencatat 67.31 meter di Kejohanan Terbuka Korea di Gwangju semalam.

Dia berjaya memadamkan rekod lama miliknya sendiri sekali gus membawa pulang pingat perak.

Emas dalam acara itu diraih atlet tuan rumah, Lee Ywun Chul dengan balingan 69.24m manakala gangsa milik atlet Thailand, Boonmawan Kittipong 64.70m.

Dalam tempoh tidak sampai dua bulan, Jackie, 26, berjaya memecahkan rekod kebangsaan sebanyak dua kali yang mana kali pertama dilakukan ketika Kejohanan Asia di Doha April lalu, 67.01m.

Cukup manis

Untuk rekod, ia adalah podium ketiga buat Jackie yang kini menghuni ranking ke-97 dunia tahun ini selepas meraih perak di Grand Prix Malaysia dan gangsa di Terbuka Taiwan bulan lalu.

Kejayaan itu disifatkan cukup manis buat Jackie yang kini dalam misi mempertaha­nkan emas di Sukan SEA Filipina hujung tahun ini apabila berjaya mengatasi pencabar utamanya dari Thailand, Kittipong.

“Sukan SEA memang menjadi keutamaan saya tahun ini. Tapi saya pun tak pasti apa yang akan berlaku pada masa akan datang, apa yang boleh saya buat adalah berusaha ke arah sasaran mengekalka­n emas,” katanya.

Dua tahun lalu Jackie menamatkan kemarau 16 tahun apabila berjaya menewaskan seteru utamanya Kittipong untuk meriah emas di Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) dan pastinya dia mahu memastikan emas terus berada dalam genggamann­ya buat kali kedua tahun ini.

Skuad Harimau Malaya menyambut Aidilfitri ketiga dengan gemilang apabila ‘menyembeli­h’ Timor Leste 7-1 pada aksi pertama ‘play-off’ Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Pengorbana­n pemain negara yang terpaksa melupakan cuti Aidilfitri pada tahun ini nyata

berbaloi apabila kemenangan besar itu menyaksika­n Malaysia kini hanya sebelah kaki untuk mara ke pusingan kedua kelayakan yang akan berlangsun­g, September depan.

Pada aksi terbabit, Malaysia menguasai permainan dengan Timor Leste terus bergelut mencari rentak dan hanya mengharapk­an serangan balas pantas menerusi bahagian sayap mereka yang nyata gagal menggugat benteng pertahanan tuan rumah.

Malaysia bagaimanap­un perlu menunggu sehingga minit ke-10 untuk memulakan pesta gol apabila hantaran lintang Safawi Rasid ditanduk masuk Corbin Ong untuk gol pembukaan yang juga gol pertama pemain kacukan itu yang tampil buat julung kalinya dalam perlawanan kompetitif­nya bersama Malaysia.

Malaysia beroleh peluang melebarkan jurang pada minit ke-16 apabila dihadiahka­n sepakan penalti selepas Norshahrul Idlan Talaha dijatuhkan namun penjaga gol Timor Leste, Fernandes Aderito Raul bijak membaca sepakan Safawi untuk menyelamat­kan tendangan pemain itu.

Gol kedua

Bagaimanap­un, situasi itu tidak melemahkan semangat dan kegagalan Fernandes membaca hantaran lintang Matt Davies membolehka­n Shahrel Fikri Md Fauzi meledak gol kedua negara pada minit ke-22.

Berkelebih­an dua gol, Malaysia nyata tidak memberi muka langsung kepada pelawat apabila meledak dua gol pantas ketika babak pertama berbaki lima minit menerusi Norshahrul pada minit ke-42 diikuti Safawi pada minit ke-45 sekali gus membolehka­n Malaysia selesa 4-0 pada 45 minit pertama perlawanan.

Bersambung babak kedua, Malaysia yang lebih banyak ‘goyang kaki’ pada separuh masa pertama akhirnya dikejutkan apabila Timor Leste menghasilk­an gol pertama menerusi penyudah kaptennya, Joao da Silva Freitas pada minit ke-51.

Beberapa percubaan dilakukan Malaysia untuk memburu gol kelima namun gagal disudahkan dengan baik sehinggala­h rembatan Safawi menggegar gawang pelawat pada minit ke-58 untuk pasukan negara kembali berkelebih­an empat gol.

Tidak cukup dengan lima gol, pemain negara menghadiah­kan gol keenam kepada 4,244 penyokong yang hadir menyaksika­n perlawanan itu apabila pemain gantian, Faiz Nasir mencetak nama selaku penjaring menerusi satu tendangan voli ketika perlawanan berbaki 12 minit sebelum Akhyar Rashid melengkapk­an malam gemilang skuad negara dengan gol ketujuh pada minit ke-89.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia