Berita Harian

MU bertuah Reichelt ingin kekal

-

Kuala Lumpur: Melaka United (MU) mungkin dianggap bertuah selepas penggempur berbisanya, Patrick Reichelt membuat keputusan untuk menyertai pasukan itu meskipun mendapat tawaran beberapa pasukan lain.

Reichelt menegaskan dia memiliki sebab tertentu apabila menolak tawaran beberapa kelab daripada Thailand untuk menyertai MU di bawah bimbingan Zainal Abidin Hassan pada musim ini.

“Selepas tamat Piala AFF tahun lalu, ada beberapa pasukan berminat untuk mendapatka­n khidmat saya tetapi saya dimaklumka­n bahawa MU juga mahu menawarkan kontrak.

“Zainal sendiri berhubung dengan saya dan apabila ketua jurulatih sendiri yang bercakap dengan saya, itu membuatkan saya yakin untuk memilih Melaka,” katanya.

Percaturan MU mengikat penyerang kelahiran Filipina itu nyata memberikan impak selepas dia kini berkongsi kedudukan dengan tiga lagi pemain selaku penjaring terbanyak Liga Super ketika ini dengan lapan gol.

Makin bersemanga­t

Tiga lagi pemain yang turut cemerlang mencetak lapan gol adalah dua pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Diogo Santo dan Gonzalo Cabrera serta penyerang PKNS FC, Kpah Sherman.

Mengulas perkembang­an itu, Reichelt enggan terlalu mendabik dada kerana baginya, kejayaan itu juga disumbangk­an menerusi usaha keras rakan sepasukann­ya.

“Saya gembira dengan prestasi setakat ini apabila sudah menjaringk­an lapan gol. Sebenarnya saya bukanlah pakar dalam menjaringk­an gol kerana saya jenis pemain yang lebih kepada mencipta peluang untuk rakan sepasukan.

“Jika melihat kepada gol yang saya hasilkan adalah atas faktor tuah dan juga bantuan rakan sepasukan.

“Apa pun,pencapaian sebagai penjaring gol terbanyak ketika ini mencetuska­n rasa semangat untuk membantu Melaka mengharung­i baki saingan musim ini,” katanya.

 ??  ?? Patrick Reichelt
Patrick Reichelt

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia