Berita Harian

Tok Gajah tetap fokus Liga Super

-

Kuantan: Biarpun ketinggala­n 13 mata, skuad Pahang tidak mudah menyerah kalah untuk terus menghambat Johor Darul Ta’zim (JDT) yang kini menerajui takhta Liga Super.

Jurang besar buat skuad kendalian Dollah Salleh tidak memadam misi Pahang untuk memberi tekanan kepada skuad Harimau Salatan itu.

Bagi pemain tengah, Wan Zaharulniz­am Wan Zakaria, tiada yang mustahil untuk mengejar JDT jika skuad itu kekal fokus sepanjang lapan baki perlawanan.

“Kami akui skuad Harimau Selatan semakin menjarakka­n kedudukan dan selesa untuk menerajui liga tetapi kami tidak mengalah.

“Sebaliknya kami akan memastikan baki lapan perlawanan berakhir dengan keputusan positif. Fokus kami ialah untuk menamatkan saingan liga dengan keputusan membanggak­an,” katanya.

Pertahan Piala FA

Ketika ini, Pahang berada di tangga kedua dengan mengutip 26 mata daripada 14 perlawanan berbanding JDT dengan 39 mata selepas mengharung­i 15 perlawanan.

Ditanya persediaan Tok Gajah berdepan Perak pada aksi separuh akhir Piala FA pada 22 dan 29 Jun ini, Wan Zaharulniz­am atau lebih mesra dengan panggilan Kecik mahu memastikan piala berprestij itu kekal milik Pahang.

Katanya, biarpun bakal berdepan cabaran sengit The Bos Gaurus, kelebihan beraksi di laman sendiri sebelum bertandang ke gelanggang lawan akan dimanfaatk­an sebaik mungkin.

“Sebagai juara bertahan, sudah pasti kami mahu mempertaha­nkan Piala FA dan berada di tahap ini (separuh akhir) memberi motivasi untuk mempamer aksi lebih baik dan konsisten.

“Saya percaya dengan semangat dan komitmen tinggi daripada rakan sepasukan, impian mengulangi pencapaian musim lalu dapat direalisas­ikan,” katanya.

 ??  ?? Wan Zaharulniz­am
Wan Zaharulniz­am
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia