Berita Harian

Love Scam, Macau Scam makin menular di Sarawak

Mudah panik antara faktor ramai wanita jadi mangsa

- Oleh Muhd Amirul Faiz Ahmadami

Mudah panik dan sikap malas mendapatka­n maklumat sahih antara faktor ramai wanita di Sarawak sering menjadi mangsa sindiket penipuan yang semakin berleluasa, termasuk Love Scam dan Macau Scam.

Sejak 2017 sehingga suku

pertama tahun ini, 316 individu di Sarawak, dengan kebanyakan­nya wanita menjadi mangsa sindiket penipuan Macau Scam membabitka­n nilai kerugian keseluruha­n mencecah RM14 juta.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak, Deputi Superinten­dan Moliza Tauk, berkata sepanjang tempoh itu, nilai kerugian tertinggi direkodkan ialah pada tahun lalu berjumlah RM10.3 juta membabitka­n 209 mangsa.

“Daripada 209 mangsa bagi tempoh berkenaan, seramai 120 mangsa adalah wanita majoriti berusia lingkungan 26 hingga 55 tahun, manakala 89 mangsa terdiri lelaki berusia 26 hingga 60 tahun.

“Nilai kerugian tertinggi ditanggung individu selepas diperdayak­an sindiket ini berjumlah RM831,348, manakala nilai terendah RM880 seperti dilaporkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum ini,” katanya kepada BH.

Terpedaya ugutan sindiket

Berdasarka­n keterangan diberikan mangsa, kebanyakan­nya terpedaya dengan ugutan anggota sindiket yang menggunaka­n pelbagai identiti termasuk menyamar sebagai pegawai penguatkua­sa, peguam, kakitangan pejabat tanah dan wakil Bank Negara.

“Dalam kebanyakan kes dilaporkan, modus operandi digunakan hampir sama, termasuk memperdaya­kan mangsa membayar sejumlah wang untuk mengelak dikenakan tindakan undang-undang.” katanya.

Sepanjang 1 Januari 2019 hingga 20 Mei lalu, sejumlah 63 kes Macau Scam dilaporkan di Sarawak membabitka­n kerugian RM3.9 juta dan 15 tangkapan.

“Nilai kerugian paling besar dialami ialah RM329,400 membabitka­n seorang mangsa, manakala kerugian paling kecil adalah RM1,000,” katanya.

Moliza ketika mengulas lanjut berkata, terdapat juga kes mangsa yang sanggup membayar sejumlah besar wang semata-mata mahu mendapatka­n hadiah lumayan melalui transaksi dalam talian, kononnya untuk diserahkan kepada pihak berkuasa, khususnya kastam.

Bagaimanap­un, pada 2017, lelaki lebih banyak menjadi mangsa membabitka­n 41 mangsa, manakala 23 mangsa lagi adalah wanita. Nilai kerugian keseluruha­n pada tahun berkenaan adalah RM2.59 juta. Kerugian paling besar berjumlah RM592,630 dan kerugian paling kecil RM500,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia