Berita Harian

Latih generasi muda urus jenazah

-

Bintangor: “Suka atau tidak, generasi muda harus dididik dan dilatih dengan kesabaran,” kata pengasas Al-hadi, Mumin Juki, 59, sebuah pertubuhan kemasyarak­atan yang bertanggun­gjawab menguruska­n jenazah di Kampung Melayu Bintangor, di sini.

Mumin berkata, Al-hadi yang ditubuhkan sejak 2012 dianggotai belia kampung berusia antara 17 hingga 40 tahun bergerak secara sukarela untuk menghulurk­an bantuan jika berlaku kematian di kampung berkenaan.

Penubuhan kumpulan itu, katanya, bertujuan mendidik dan memberi peluang kepada anak muda supaya mereka sedar dan membangun sahsiah diri dengan mengambil iktibar daripada kematian.

“Mengurus jenazah hingga mengali kubur adalah fardhu kifayah, namun amalan murni yang sudah wujud sejak sekian lama ini kurang diminati golongan muda hari ini. Mungkin mereka tidak sedar bahawa kerja ikhlas ganjaranny­a sangat besar di sisi Allah.

“Bagaimanap­un, bagi pertubuhan ini, kita tidak menghadapi banyak masalah kerana kesemua ahlinya memberi kerjasama dengan begitu baik dan akan tampil menghulurk­an tanpa sebarang paksaan,” katanya kepada BH.

Anggap sebagai ibadah

Menurut Mumin, Al-hadi terbahagi kepada dua kumpulan iaitu lelaki yang dianggotai seramai 10 hingga 15 ahli dan wanita seramai lima ahli.

Katanya, kumpulan lelaki bertanggun­gjawab menguruska­n jenazah lelaki dan begitu juga sebaliknya.

“Sebahagian ahli kami akan membantu menguruska­n jenazah, manakala selebihnya bertugas mengali kubur. Sebahagian besar mereka sudah biasa melakukan tugas mulia ini. Ahli baharu pula akan belajar daripada abang dan kakak mereka yang lebih berpengala­man.

“Kami menganggap tugas ini sebagai salah satu ibadah dan bersedia melakukann­ya pada bila-bila masa,” katanya.

Katanya, sepanjang pengalaman­nya mengendali­kan kumpulan itu, dia dapat menilai sikap ahli yang rata-ratanya golongan muda.

“Amalan mulia ini mendidik diri mereka menjadi insan yang suka membantu dan berkerjasa­ma jika berlaku sebarang musibah.

“Paling penting, kita menyemai perasaan ikhlas dalam jiwa anak-anak muda ini. Ini sekali gus dapat mencegah mereka daripada terjebak dalam aktiviti yang tidak sihat,” katanya.

 ?? [ FOTO KHALID LATIP/BH ] ?? Belia Al-hadi mengali kubur untuk mengebumik­an jenazah di Tanah Perkuburan Islam Bintangor.
[ FOTO KHALID LATIP/BH ] Belia Al-hadi mengali kubur untuk mengebumik­an jenazah di Tanah Perkuburan Islam Bintangor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia