Berita Harian

Latheefa TAK KISAH DIKRITIK

Latheefa tak mahu isu jadi beban laksana tugas baharu

- Oleh Suhaila Shahrul Annuar

Ketua Pesuruhjay­a SPRM yang baharu, Latheefa Koya menegaskan sesiapa sahaja berhak menyoal, mengkritik atau keluar pendapat berhubung pelantikan­nya. Ia tidak menimbulka­n kesulitan baginya dalam melaksanak­an tanggungja­wab membantera­s rasuah dengan sokongan rakyat dan pegawainya

Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya, menegaskan sesiapa sahaja berhak menyoal, mengkritik atau mengeluark­an pendapat berhubung pelantikan­nya memegang jawatan itu.

Bagi Latheefa, perkara itu tidak menimbulka­n sebarang kesulitan atau kekangan kepadanya dalam melaksanak­an tanggungja­wab baharunya kerana misi beliau cukup

jelas, iaitu untuk membantera­s rasuah di mana-mana sahaja.

“Saya mulakan tugas hari pertama saya pagi ini (semalam) sebagai Ketua Pesuruhjay­a SPRM. Sudah banyak pendapat dikeluarka­n sejak pelantikan saya diumumkan sehari sebelum Aidilfitri.

“Siapa pun berhak menyoal, mengkritik atau mengeluark­an pendapat masing-masing. Ini tidak mengapa pada saya kerana tugas saya jelas, iaitu untuk membantera­s rasuah di mana-mana sahaja,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Mula tugas hari pertama

Terdahulu, Latheefa, 46, memulakan tugas rasminya di Ibu pejabat SPRM, di sini. Ketibaan beliau disambut Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki, dan beberapa pegawai kanan agensi berkenaan.

Susulan pengumuman oleh Pejabat Perdana Menteri Selasa lalu, beberapa pihak mempertika­ikan pelantikan itu yang disifatkan tidak selari dengan manifesto Pakatan Harapan dan kononnya bercanggah dengan Akta SPRM.

Antaranya, Jawatankua­sa Pemandu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0), mengusulka­n supaya kerajaan menyegerak­an pindaan terhadap undang-undang berkaitan dengan pelantikan jawatan penting seperti Ketua Pesuruhjay­a SPRM bagi memastikan kebebasan institusi pada masa depan.

Misi Latheefa

Latheefa, ketika mengulas lanjut pelantikan beliau, berkata dengan sokongan, dokongan rakyat dan pegawainya di SPRM, pasukan itu akan dapat mengubah Malaysia kepada satu masyarakat yang alah kepada rasuah dan bebas daripada rasuah.

“Saya juga akan melihat kepada tindakan jangka panjang, termasuk juga pendidikan, bagi mewujudkan satu budaya yang tidak bertoleran­si kepada rasuah.

“Adalah hak asas setiap rakyat Malaysia untuk dibenarkan hidup, bekerja dan makmur dalam satu persekitar­an bebas rasuah. Dengan pertolonga­n Allah SWT, saya berharap untuk berjaya dalam tugas saya ini,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Latheefa bersama Azam dan beberapa pegawai kanan ketika memulakan tugas hari pertama di Ibu pejabat SPRM, Kuala Lumpur, semalam.
Latheefa bersama Azam dan beberapa pegawai kanan ketika memulakan tugas hari pertama di Ibu pejabat SPRM, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia