Berita Harian

BELLA, FATIN

tidak percaya janji lelaki

- rajamawar@bh.com.my

Bella, Fatin kini kejar kebahagiaa­n bersama permata hati

Pertemuan dan perpisahan fitrah hidup manusia. Penghujung cerita, pasti ada garis pemisah yang menamatkan segalagala­nya.

Dua wanita yang kini menyandang gelaran ibu tunggal, Bella Astillah, 25, dan Fatin Afeefa, 24, mungkin cukup memahami kesengsara­an hidup yang perlu dihadapi pada usia masih muda.

Berkahwin, memiliki cahaya mata dan kemudian bercerai pada usia yang dianggap masih hijau satu kepahitan yang terpaksa ditelan mereka. Namun, bukan mereka yang meminta untuk berdepan ujian sedemikian.

Lara hati mereka begitu mencengkam jiwa.

Enggan lagi mempercaya­i janji dan harapan palsu diberikan lelaki, Bella mahupun Fatin bangkit meneruskan kehidupan tanpa insan bergelar suami. Mungkin tidak mudah, tetapi mereka juga berhak mengecapi kebahagiaa­n hidup.

Takdir hidup Bella dan Fatin tidak jauh berbeza.

Bella berdepan kemelut rumah tangga apabila bekas suami yang juga penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz

‘kantoi’ mencurangi dirinya. Rumah tangga pasangan kontrovers­i ini terhempas ke bumi pada 16 Mei lalu apabila mereka bercerai talak satu.

Perjalanan hidup Fatin pula tidak pernah sunyi dengan kontrovers­i. Satu demi satu gosip buruk tersebar hingga maruahnya dipijak-pijak sejak bercerai dengan pelakon, Adam Shahz, kira-kira dua tahun lalu.

Sia-sia berkorban

Sambil merenung jauh, Bella mengakui: “Suratan atau kebetulan, segala-galanya saya telan walaupun amat terseksa. Bohonglah saya tidak bersedih menerima hakikat perpisahan. Saya puas menangis dan air mata juga sudah kering.

“Saya tertanya-tanya dalam hati, apa salah dan silap diri ini? Saya berkorban segala-galanya buat Aliff, mencintai dan menyayangi­nya lebih daripada nyawa sendiri. Nyata, pengabdian saya silap.

“Saya sepatutnya mencintai diri sendiri terlebih dahulu, bukannya pada lelaki yang yang saya percaya kononnya mampu memberikan kemanisan dalam kehidupan. Pada penghujung­nya, ia umpama mencurahka­n air ke daun keladi dan saya diperlakuk­an seperti sampah.”

Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah mendakwa, apa juga permintaan bekas suami cuba ditunaikan, biarpun menyusahka­n dirinya.

“Walaupun susah, saya cuba tunaikan apa sahaja permintaan kerana mahu Aliff bahagia.

“Tahap pengorbana­n saya terlalu besar buatnya. Namun, apa saya dapat? Hanya sengsara dan duka yang sukar diubati,” katanya dalam nada sebak.

Mana nak letak muka?

Wanita kelahiran Sandakan, Sabah itu berkata, bukan dirinya tidak tahu kisah silam Aliff, tetapi manusia harus diberikan peluang untuk berubah.

“Saya pun tidak sempurna dan mungkin tidak cukup baik. Saya percaya, tidak selamanya manusia mahu menjadi jahat. Bagaimanap­un, tekaan saya silap. Aliff tidak pernah berubah. Saya nampak Aliff mahukan kebebasan hidup seperti orang bujang.

“Setiap insiden berlaku semuanya di luar jangkaan saya. Kami tidak pernah berenggang, ke mana sahaja melangkah bersama, tetapi tetap ada ruang untuk dia berlaku curang.

“Jauh di sudut hati, saya tidak pernah terlintas perpisahan akan berlaku. Saya tidak sangka, ada ketika rasa seperti masih bermimpi,” katanya.

Bella berkata, dia pernah menasihatk­an bekas suaminya. Jika tidak mengingati dirinya dan anak, Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia dua tahun, tidak mengapa. Tetapi, jagalah air muka ibu bapanya.

“Saya kasihan melihat ummi dan ayah. Mana mereka mahu meletakkan muka apabila cerita buruk mengenai Aliff sentiasa terpampang?

“Saya tidak tahu apa yang Aliff fikir dan mahukan dalam hidup. Jika tertekan sekalipun, pergilah berkawan dengan orang yang betul.

“Dapat kawan yang salah, hidupnya hancur. Bagaimanap­un, saya tidak menyalahka­n sesiapa, itu pilihannya,” katanya.

Doa temui pengganti lebih baik

Jujurnya, Bella berkata, ramai yang terkejut dengan tindakan dirinya memilih jalan perpisahan.

“Saya sudah lama menanggung sengsara. Bukan sekali atau dua Aliff curang dan menipu. Terlalu banyak onar dilakukann­ya. Ada kisah yang didedahkan dan ada pula episod kecurangan yang saya simpan. Hanya saya dan keluarga yang tahu.

“Bagaimanap­un, saya mahu melupakan segalagala­nya. Episod hidup saya dengan Aliff sudah berada pada garisan penamat.

Saya anggap apa yang dilalui adalah sejarah hitam yang terlalu pahit.

“Saya berharap dengan perpisahan ini, Aliff menemui wanita lebih baik daripada saya. Kami sudah memilih hidup masingmasi­ng... Harapnya tiada gangguan,” katanya yang muncul dengan lagu Bersama

Di Hari Raya, duet dengan adiknya, Didi, baru-baru ini.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia