Berita Harian

Usia bukan halangan

Mencecah 41 tahun, Shazz Dixon kejar impian dalam dunia muzik arus perdana

- Oleh Feride Hikmet Atak feride.hikmet@bh.com.my

Ketika kebanyakan penyanyi yang mencipta nama hari ini memulakan langkah masingmasi­ng pada usia belasan tahun atau awal 20-an, cerita berbeza buat Shazz Dixon.

Lihat sahaja pada beberapa bintang muda seperti Ismail Izzani, Haqiem

Rusli, As’ad Motawh, Sufian Suhaimi, Tajul, Andi Bernadee, Ara Johari, Wany Hasrita dan Wani Shaz. Semuanya meledak ketika usia masing-masing masih hijau.

Sedangkan, Shazz pula bertindak memperkena­lkan namanya di arena muzik sewaktu usianya sudah mencecah 41 tahun! Ia mungkin dilihat begitu lewat oleh sesetengah peminat mahupun pemerhati dunia hiburan. Namun, jika ada rezeki dan tuah pula menyebelah­i diri, tentunya apa sahaja boleh terjadi.

Ibu Diana Danielle percaya bakat Shazz sendiri amat optimis dengan segala usaha dilakukan dan dia berkeyakin­an, usia bukanlah penghalang untuk seseorang mengejar impian mahupun cita-cita.

Paling penting, katanya, bakat yang tersemat dalam diri, selain kemahuan dan peluang yang terbentang di depan mata. Segala ruang yang tersedia, baginya, tidak harus dipersiaka­n begitu sahaja.

Peluang untuk dirinya pula dibuka oleh ibu kepada aktres, Datin Diana Danielle, iaitu Norsiah Ramli. Wanita itu yakin dengan bakat Shazz dan percaya ia mampu membawanya pergi jauh dalam industri seni muzik tempatan.

Justeru, dirinya kini secara rasmi diikat oleh syarikat pengurusan

NRDB Studios.

“Saya sebenarnya mula menyanyi sejak zaman kanak-kanak lagi dan kerap mengikut ayah menjayakan persembaha­n orkestra.

“Kemudian saya terbabit dengan persembaha­n untuk kebajikan ketika di kolej dan kini, saya banyak memenuhi undangan nyanyian pada majlis korporat pula.

“Saya sendiri tidak pernah terfikir untuk memasuki dunia muzik arus perdana. Bagaimanap­un, saya diberi peluang untuk tampil dengan single sendiri, jadi apa salahnya saya mencuba? Bagi saya, peluang yang ada tidak boleh kita sia-siakan,” katanya ketika berkunjung ke Balai Berita, baru-baru ini.

Patah Hati jadi kunci

Tampil dengan single perdana, Patah Hati, ciptaan sepenuhnya Norsiah, ibu kepada tiga anak itu tahu, bukan mudah untuk bersaing dengan penyanyi yang sedia ada.

Namun begitu Shazz berkata, tidak salah untuk dia mencuba daripada tidak berbuat apa-apa. Dan, andainya lagu itu diterima umum, ia dianggap sebagai satu kejayaan. Jika perkara sebaliknya berlaku, dia akan terus menghasilk­an lagu baharu tanpa perlu memandang ke belakang.

“Hampir setahun proses menyiapkan lagu Patah Hati dibuat kerana saya mahupun Norsiah mahukan hasil yang terbaik.

“Single ini pula mungkin boleh menjadi kunci utama untuk saya bergerak aktif dalam dunia seni suara, seterusnya mendapat pendedahan lebih meluas serta diberikan lebih banyak peluang menjayakan persembaha­n pentas.

“Selain itu, saya berazam untuk mempunyai beberapa lagi lagu di bawah nama sendiri dan kemudian berkongsi karya muzik terbabit bersama umum,” ujarnya. Keluarga beri lampu hijau Shazz turut meluahkan rasa syukur kerana mempunyai sistem sokongan yang padu daripada suami dan anak-anaknya.

Apatah lagi, kira-kira lebih empat tahun berehat daripada kesibukan persembaha­n pentas, sokongan moral amat diperlukan untuk dirinya terus mengejar impian sebagai penyanyi arus perdana.

“Lama juga saya berehat daripada menyanyi kerana mahu memberikan fokus pada anak-anak. Tidak sangka pula suami dan anak-anak memberikan lampu hijau, malah sokongan untuk saya aktif menyanyi.

“Terharu saya dibuatnya. Sebab itu, seperti yang saya katakan sebelum ini, setiap peluang yang hadir, saya gunakan sebaik-baiknya, agar kepercayaa­n dan sokongan yang diberi keluarga berbaloi,” tuturnya.

Hampir setahun proses menyiapkan lagupatah Hati dibuat kerana saya mahupun Norsiah mahukan hasil yang terbaik

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia