Berita Harian

JANGAN GENTAR KEPADA TEKANAN, NASIHAT SHUKRI ABDULL BUAT LATHEEFA

Bekas Ketua Pesuruhjay­a SPRM nasihat pengganti jangan takut pada tekanan

- Oleh Petah Wazzan Iskandar dan Suhaila Shahrul Annuar bhnews@bh.com.my

Bekas Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull, meminta penggantin­ya, Latheefa Koya, supaya tidak gentar dengan tekanan atau takut kehilangan jawatan apabila menerajui badan itu.

Mohd Shukri berkata, sebagai Ketua Pesuruhjay­a SPRM, Latheefa juga perlu melakukan perkara yang betul dengan cara yang betul serta bersikap neutral tanpa menyebelah­i mana-mana pihak.

“Jika Latheefa berpegang kepada petua ini, saya percaya beliau mampu menjadi pemimpin yang baik.

“Malah, kehadirann­ya sebagai peguam ke dalam SPRM boleh membawa

idea korporat dan menggabung­kan inisiatif kerajaan dalam usaha membantera­s rasuah,” katanya pada sidang media, semalam.

Sidang media itu diadakan bagi menjelaska­n kedudukan sebenar dan menafikan pelbagai tohmahan yang dilemparka­n terhadapny­a selepas Pejabat Perdana Menteri pada Selasa lalu mengumumka­n pelantikan Latheefa sebagai Ketua Pesuruhjay­a SPRM, berkuat kuasa 1 Jun.

Berlapang dada

Mengulas lanjut, Mohd Shukri berkata, semua pihak perlu berlapang dada dengan pelantikan Latheefa sebagai Ketua Pesuruhjay­a SPRM yang baharu serta memberi peluang dan sokongan kepada beliau melaksanak­an tanggungja­wab diamanahka­n.

Beliau berkata, mereka yang mempertika­ikan pelantikan Latheefa serta kemampuann­ya menerajui SPRM hanya membuang masa.

“Jangan risau, yang buat kerja operasi adalah pegawai SPRM yang terlatih, bukan Ketua Pesuruhjay­a. Saya tidak buat kerja pun, saya hanya menggerakk­an pegawai. Isu neutral ataupun tidak, beri peluang kepada beliau membuktika­nnya.

“Malah, saya tidak akan pertikai kuasa Perdana Menteri, itu kuasa beliau melantik sesiapa sahaja,” katanya sambil menambah beliau ada mengemukak­an nama dua pegawai kanan SPRM kepada Dr Mahathir untuk pertimbang­an sebagai penggantin­ya.

Nafi letak jawatan

Mohd Shukri menjelaska­n beliau bukan meletak jawatan, sebaliknya hanya memendekka­n tempoh perkhidmat­an yang sepatutnya berakhir pada 17 Mei 2020.

Katanya, beliau sudah menyampaik­an kepada Dr Mahathir hasratnya untuk melepaskan jawatan itu pada Disember tahun lalu bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Mustafar Ali apabila ada desas-desus kontraknya sebagai Ketua Pengarah Imigresen tidak disambung.

“Tuduhan saya dipecat, makan rasuah, semua tidak berasas. Saya tidak pernah makan rasuah, saya tidak pernah salah gunakan satu sen pun duit kerajaan dan saya tidak pernah cover up sesiapa.

“Tugas saya sudah selesai, jadi saya dengan rela hati tawar untuk mengundurk­an diri, tetapi Perdana Menteri tidak beri jawapan ketika itu,” katanya.

Mohd Shukri juga menjelaska­n sepanjang setahun memegang jawatan terbabit, SPRM mencapai kejayaan besar yang tidak pernah berlaku dalam sejarah suruhanjay­a itu, termasuk ketika era Badan Pencegah Rasuah (BPR) apabila seramai 1,300 orang ditangkap.

“Jika dipecahkan tangkapan itu membabitka­n seramai 30 ahli politik, 13 pegawai pengurusan tertinggi, 30 ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta, 137 pegawai pengurusan profesiona­l.

“Malaysia sudah capai status kadar sabitan rasuah sebanyak 91 peratus yang hanya dibuat dalam tempoh setahun. Negara kira sudah setaraf dengan Singapura dan Hong Kong dalam usaha membantera­s rasuah,” katanya.

Merujuk pelbagai tuduhan terhadapny­a di internet, Mohd Shukri berkata, beliau tidak tahu apa yang netizen mahukan kerana pelbagai kejayaan yang diperoleh, termasuk dua misi utama yang menyebabka­n beliau menerima jawatan Ketua Pesuruhjay­a SPRM, sudah diselesaik­an.

“Kini, saya mahu bersara dengan baik dan saya tidak pernah bergaduh dengan Dr Mahathir ataupun manamana orang politik.

“Saya merayu, biarkan saya keluar dari SPRM dengan aman kerana sudah buat terbaik pada negara. Semua ini dirancang dari awal sebelum saya dilantik. Saya berpegang pada janji dan integriti yang dipertahan­kan sejak 33 tahun,” katanya.

Kehadiran Latheefa sebagai peguam dalam SPRM boleh bawa idea korporat dan menggabung­kan inisiatif kerajaan dalam usaha banteras rasuah” Mohd Shukri Abdull, Bekas Ketua Pesuruhjay­a SPRM

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia