Berita Harian

KEPUTUSAN LANTIK KETUA PESURUHJAY­A SPRM MUKTAMAD: DR MAHATHIR

Isu lantikan tidak jejaskan hubungan PM dengan Presiden PKR

- Oleh Muhammad Mustakim Ramli m.mustakim@bh.com.my

Perdana Menteri menegaskan pelantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah muktamad walaupun mendapat kritikan daripada pelbagai pihak.

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak akan berganjak dengan keputusann­ya itu atau melantik individu lain untuk menerajui SPRM.

Katanya, sebagai Perdana Menteri beliau terpaksa melantik pegawai kerajaan dan Latheefa adalah seorang daripada mereka dan pelantikan itu tidak sepatutnya dijadikan isu atau

menimbulka­n sebarang masalah.

Kekal keputusan

“Tiada masalah... saya lantik ramai orang, banyak pegawai saya terpaksa lantik. Ini salah seorang pegawai, itu sahaja.

“Ia sudah diputuskan (pelantikan Latheefa)... jadi ia muktamad... takkan nak kalih balik (ubah keputusan) nanti kata saya u-turn pula,” katanya ketika ditemui pemberita pada Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir di Seri Mentaloon di sini, semalam.

Yang hadir sama isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, dan isteri Menteri Besar Kedah, Tok Puan Norzieta Zakaria.

Dr Mahathir diminta mengulas tindakan beberapa pihak yang mempersoal tindakan beliau melantik Latheefa tanpa melalui proses pengesahan Jawatankua­sa Parlimen seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya umum lalu.

Hubungan dengan Anwar baik

Menjawab soalan, Perdana Menteri berkata, hubungan beliau dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, adalah baik dan tidak terjejas selepas pelantikan Latheefa sebagai Ketua Pesuruhjay­a SPRM.

“Hubungan kami baik, saya tiada masalah dengan Anwar. Dia berhak bertanya dan saya pula berhak untuk menjawab,” katanya.

Sebagai Perdana Menteri saya terpaksa melantik pegawai kerajaan dan Latheefa adalah seorang daripada mereka dan pelantikan itu tidak sepatutnya dijadikan isu atau menimbulka­n sebarang masalah” Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri

Latheefa Beebi Koya, wanita pertama dilantik Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkuat kuasa 1 Jun lalu, memulakan tugasnya kelmarin dengan mesej keras, iaitu akan membantera­s rasuah sehingga masyarakat alah kepada ‘najis’ itu.

Di sebalik senyuman ketika menandatan­gani buku log hari pertama di Ibu Pejabat SPRM, fikiran Latheefa sudah tentu mengenai tugas berat menantinya, terutama untuk memenuhi harapan Perdana Menteri dan negara, bantahan pelbagai terhadap pelantikan­nya, selain bagaimana untuk meyakinkan seluruh warga SPRM beliaulah calon terbaik memimpin mereka.

Pelantikan­nya mencetuska­n kontrovers­i, termasuk daripada pemimpin dan ahli bekas parti politiknya sendiri, PKR sehingga ada yang sudah memulakan petisyen membantah pelantikan­nya itu.

Kritikan lebih terarah kepada proses pemilihann­ya. Pengkritik tidak berpuas hati keputusan dibuat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tanpa merujuk kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH), Kabinet mahupun Jawatankua­sa Khas Pemilihan Parlimen untuk Pelantikan Jawatan Awam Utama (PSC), selain dikatakan bertentang­an manifesto PH.

Malah, ada dakwaan pelantikan peguam dan aktivis hak kemanusiaa­n itu bertentang­an dengan Akta SPRM, selain pandangan rasis dikaitkan tempat kelahirann­ya di Kerala, India. Sebahagian isu dijawab Dr Mahathir pada 1 Syawal lalu, iaitu kuasa melantik adalah prerogatif Perdana Menteri.

Bagi beliau tidak timbul soal mengapa Majlis Presiden PH atau Kabinet atau Parlimen tidak dimaklum. Pendirian Dr Mahathir dalam

isu pelantikan ketua pelbagai agensi kerajaan sudah dilihat ketika beliau melantik Ketua Polis Negara, Peguam Negara, Ketua Hakim Negara, Pengerusi Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR), Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Speaker Dewan Rakyat.

Manifesto PH bukan ‘kitab suci’

Bagi Dr Mahathir manifesto PH bukan ‘kitab suci’ yang wajib dipatuhi, ia hanya panduan. Mengenai peranan Jawatankua­sa Khas Pemilihan Parlimen untuk Pelantikan Jawatan Awam Utama, adalah jelas jawatankua­sa itu tiada status perundanga­n dan Perdana Menteri tidak terikat untuk merujuknya.

Peguam kanan dan bekas Hakim Mahkamah Persekutua­n, Gopal Sri Ram menjelaska­n Parlimen tiada kuasa dalam pelantikan Jawatan Awam Utama, hanya perlu diperkenan­kan Yang di-pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri atau kabinet.

Ada juga mesej tular yang mendakwa pelantikan­ya bertentang­an Seksyen 5(1) dan 5(2) akta agensi itu. Kekeliruan ini dijawab menteri yang menjaga hal ehwal undangunda­ng, Datuk Liew Vui Keong. Seksyen 5(1) menyatakan Yang dipertuan Agong boleh melantik sesiapa sahaja atas nasihat daripada Perdana Menteri. Seksyen 5(2) menyatakan jika individu dilantik daripada perkhidmat­an awam, pelantikan mengikut tempoh masa yang masih dalam perkhidmat­an awam.

Jawapannya menjelaska­n dua perkara yang dipertikai­kan, iaitu Ketua Pesuruhjay­a SPRM tidak semestinya dari kalangan kakitangan awam dan Perdana Menteri boleh melantik sesiapa sahaja yang layak.

Latheefa bukan individu pertama dari kalangan bukan perkhidmat­an awam atau SPRM dilantik ke jawatan itu. Sejak Badan Pencegah Rasuah (BPR) ditubuhkan pada 1967 (pada 2009 ditukar nama kepada SPRM), 10 daripada 13 ketua agensi itu adalah orang luar.

Berhubung isu pelantikan bersifat politik, Latheefa menjelaska­n beliau sudah keluar PKR, sebaik menerima surat pelantikan. Namun, cabaran paling besar menanti Latheefa bukan kontrovers­i proses pelantikan­nya, tetapi penerimaan­nya oleh pegawai dan kakitangan SPRM itu sendiri.

Mampukah beliau memenangi hati dan meyakinkan mereka untuk bergerak bersamanya sebagai satu pasukan dan mengharung­i segala persoalan yang timbul?

Sebagai pemimpin agensi yang amat penting, beliau dan SPRM perlulah dilihat bebas, telus dan adil dalam melaksanak­an tanggungja­wab mereka. Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) Datuk Seri Azam Baki mewakili seluruh warga SPRM sudah menyatakan komitmen untuk memberi sokongan dan dukungan kepadanya.

Saya harap ini akan memberi keyakinan kepada Latheefa untuk bermula dengan langkah kanan.

 ??  ??
 ?? [FOTO AMRAN HAMID/BH] ?? Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah bersama Mukhriz dan Norzieta (kanan) bersalaman dengan tetamu pada Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Menteri Besar Kedah, di Seri Mentaloon, Alor Setar, semalam.
[FOTO AMRAN HAMID/BH] Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah bersama Mukhriz dan Norzieta (kanan) bersalaman dengan tetamu pada Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Menteri Besar Kedah, di Seri Mentaloon, Alor Setar, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia