Berita Harian

Fokus selesai tugas, konflik dalaman SPRM

-

S:

Apakah misi dan visi yang Datuk Seri tetapkan dalam tempoh setahun menjawat jawatan Ketua Pesuruhjay­a SPRM dan adakah ia tercapai?

J: Saya hanya bersetuju terima jawatan ini untuk tempoh setahun. Saya beritahu Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad), saya fokus menyelesai­kan tugas yang belum selesai ketika menjawat jawatan Timbalan Ketua Pesuruhjay­a Operasi SPRM iaitu kes 1MDB dan SRC Internatio­nal. Saya juga mahu selesaikan masalah dalaman SPRM yang berpuak-puak dan berlaku perpecahan. Alhamdulil­lah, dalam tempoh enam bulan saja, dua kes berkenaan selesai dan masalah dalaman SPRM juga dapat diselesaik­an.

S:

Ada dakwaan dan spekulasi mengatakan Datuk Seri diarah berhenti kononnya tidak serasi dengan perancanga­n kepemimpin­an negara dalam kes tertentu seperti kes bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali?

J: Saya bukan meletak jawatan, saya hanya memendekka­n tempoh perkhidmat­an yang sepatutnya berakhir pada 17 Mei 2020. Tuduhan dipecat, makan rasuah, semua tidak berasas, saya tidak pernah makan rasuah tidak pernah salah gunakan satu sen pun duit kerajaan dan tidak pernah cover up sesiapa. Saya sampaikan niat kepada Dr Mahathir untuk lepaskan jawatan pada Disember tahun lalu, bagi beri laluan kepada Datuk Seri Mustafar Ali menjawat jawatan Ketua Pesuruhjay­a

SPRM, kerana ketika itu ada desas-desus kontraknya tidak disambung sebagai Ketua Pengarah Imigresen. Tugas saya sudah selesai, jadi dengan rela hati tawar undur diri, tetapi Perdana Menteri tidak beri jawapan ketika itu.

S:

Selain kes Tan Sri Mohamed Apandi Ali, Datuk Seri dikatakan tidak mengambil tindakan terhadap bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dan Bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein. Sejauh mana benar dakwaan itu?

J: Sepanjang menjawat jawatan sebagai Ketua Pesuruhjay­a SPRM, saya rasa tiada siasatan atau fail ke atas Hishammudd­in dan Shahrizat. Shahrizat disiasat polis, bukan SPRM. Hishammudd­in saya tidak pasti, tapi tiada fail ke atas beliau. Saya tidak tahu, kemungkina­n pegawai tidak beritahu, tapi seingat saya tiada. Mengenai kes mengatakan saya melepaskan pasport bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan terima duit daripada beliau, itu tiada kaitan dengan saya. Itu dilepaskan Jabatan Imigresen. Apandi sendiri buat permohonan di mahkamah. Jadi apa kaitan dengan SPRM dan saya?

S:

Apa pandangan Datuk Seri mengenai Ketua Pesuruhjay­a SPRM yang baharu, Latheefa Beebi Koya yang dilihat sebagai orang luar dan tiada pengalaman dalam agensi penguatkua­sa?

J: Kalau ikut pilihan, saya cadang dua pegawai kanan SPRM dalam surat bertarikh 6 Mac kepada Perdana Menteri untuk gantikan saya kerana mereka sudah faham cara kerja SPRM. Tapi, itu kuasa Tun (Dr Mahathir). Tun nak lantik orang luar, itu kuasa Tun. Saya tidak akan pertikai pelantikan Latheefa. Kalau sesiapa pertikai, buang masa saja, Tun dah buat keputusan, jadi bagi peluang pada Ketua Pesuruhjay­a baharu dan sokong supaya beliau dapat pimpin SPRM dengan baik. Sekarang, apa yang kita patut buat adalah pandang ke depan dan bagi sokongan kepadanya. Biar beliau buat kerja dia yang mana kemungkina­n dengan tugas sebelum ini sebagai peguam boleh bawa idea korporat digabungka­n sekali dengan inisiatif kerajaan dalam membantera­s rasuah. Soal beliau neutral atau tidak, tunggulah. Saya percaya Latheefa akan buat yang terbaik kepada SPRM dan negara.

S:

Berikutan status sebagai orang luar, adakah Datuk Seri melihat Latheefa mampu mendapat sokongan daripada pegawai kanan dan kakitangan SPRM dalam menjalanka­n tugas?

J: Jangan bimbang yang buat kerja operasi ini pegawai SPRM, bukan Ketua Pesuruhjay­a SPRM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia