Berita Harian

Mysalam di hospital universiti, tentera

Langkah inovatif kerajaan perluas kemudahan bantu pesakit dapat rawatan doktor pakar

- Oleh Petah Wazzan Iskandar wazzan@bh.com.my

Selepas diperkenal­kan pada 24 Januari lalu, Skim Perlindung­an Nasional B40 (mysalam) kini diperluask­an kepada hospital perubatan universiti dan hospital

tentera bertujuan memudahkan golongan itu mendapatka­n perkhidmat­an kesihatan.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng memaklumka­n inisiatif itu masingmasi­ng membabitka­n lima hospital perubatan universiti dan lima hospital tentera.

Selain Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), turut terbabit dalam pelaksanaa­n skim itu ialah Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Hospital Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia dan Hospital UITM Sungai Buloh.

Bagi hospital tentera pula, yang terbabit dalam usaha ini ialah Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Hospital Angkatan Tentera Lumut; Hospital Angkatan Tentera (Kem Terendak), Hospital Tentera Darat (Gemas) dan Hospital Angkatan Tentera Wilayah Kota Kinabalu.

Perluas jumlah hospital

“Kerajaan Pakatan Harapan mengambil langkah inovatif dengan memperluas­kan jumlah hospital bagi memudahkan pesakit mendapatka­n rawatan lanjut dari doktor pakar.

“Atas dasar keprihatin­an terhadap golongan B40 dan seterusnya memberi impak yang tinggi kepada rakyat, Skim mysalam kini merangkumi rawatan yang diterima di hospital perubatan universiti dan hospital tentera.

“Ia boleh dimanfaatk­an selepas pesakit mendapatka­n pengesahan doktor pakar untuk menerimany­a,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Guan Eng berkata, Skim mysalam yang dilancarka­n Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini adalah skim perlindung­an kesihatan percuma untuk golongan berpendapa­tan rendah atau B40 yang menjalani rawatan di hospital kerajaan.

Katanya, skim berkenaan adalah hasil kerjasama dengan syarikat insurans, Great Eastern Holdings yang menyumbang caruman dana permulaan RM2 bilion ke dalam dana amanah mysalam.

“Ia adalah perlindung­an takaful yang disediakan kepada golongan B40 dengan memberi bayaran bantuan tunai sekali gus (one-off) sebanyak RM8,000 bagi mereka yang disahkan menghidap salah satu daripada 36 penyakit kritikal, termasuk kanser, jantung dan penyakit alzheimer.

“Ia menawarkan elaun hospital RM50 sehari atau maksimum RM700 setahun,” katanya.

Ia boleh dimanfaatk­an selepas pesakit mendapatka­n pengesahan doktor pakar untuk menerimany­a” Lim Guan Eng, Menteri Kewangan

 ??  ??
 ??  ?? Keratan akhbar BH pada 25 Januari lalu.
Keratan akhbar BH pada 25 Januari lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia