Berita Harian

Dr Sahruddin tekad tumpu pentadbira­n negeri

-

Muar: Isu kepemimpin­an Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Johor selesai apabila Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal, tekad memberi tumpuan terhadap pentadbira­n kerajaan negeri.

Dr Sahruddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong berkata, Mazlan Bujang yang kini menggalas jawatan Pengerusi BERSATU Johor akan memberi fokus berkaitan politik parti.

“Itu saya tidak mahu komen (secara panjang lebar) kerana Mazlan adalah Pengerusi BERSATU Johor dan beliau akan fokus kepada politik.

Utamakan pembanguna­n, kesejahter­aan rakyat

“Saya fokus kepada pentadbira­n kerajaan negeri. Paling penting ialah bagaimana masyarakat di Johor dapat menerima pembanguna­n dan kesejahter­aan yang akan dibawa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar Johor di Kompleks Sukan Pagoh di sini, semalam.

Yang turut hadir, Menteri Dalam Negeri yang juga Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Johor serta kira-kira 10,000 rakyat berbilang kaum bersama meriahkan majlis berkenaan.

Mazlan yang juga ADUN Puteriwang­sa, sebelum ini dilaporkan menawarkan supaya Dr Sahruddin terus memegang jawatan Setiausaha BERSATU Johor.

Kongsi pandangan

Bagaimanap­un, Menteri Besar Johor itu menolak kerana ingin memberi tumpuan kepada pentadbira­n kerajaan negeri.

Ditanya mengenai hubunganny­a dengan Pengerusi BERSATU Johor baharu itu, Dr Sahruddin tersenyum dan meminta pemberita merujuk kepada akaun Facebook (FB) rasminya sebelum ini.

“Boleh tengok FB saya. Saya ada sembang santai dengan Mazlan,” katanya.

Semakan BH mendapati pada 4 Jun lalu, Dr Sahruddin memuat naik foto bersama Mazlan dalam perjumpaan ringkas sambil menikmati makanan segera dan berkongsi pandangan mengenai perkembang­an politik di Johor.

Dalam entri yang sama, beliau menegaskan hubungan baik mereka bukan sahaja untuk mengeratka­n silaturahi­m, tetapi menjamin kestabilan politik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia