Berita Harian

TEKUN kutip hutang RM200 juta

-

Tanah Merah: Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional berjaya mengutip sejumlah RM200 juta hutang daripada 419,483 peminjam yang membuat pinjaman perniagaan dengan agensi itu dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini.

Pengerusin­ya, Datuk Seri Mohamad Suparadi Md Noor, berkata jumlah kutipan itu menunjukka­n peminjam mula sedar tanggungja­wab mereka untuk membayar balik hutang demi kelangsung­an kepada usahawan kecil dan sederhana yang lain.

“Walaupun jumlah itu hanya sebahagian daripada hutang terkumpul, iaitu lebih RM600 juta daripada semua peminjam, pihak pengurusan kami berusaha mengambil masa, langkah dan ruang untuk membolehka­n peminjam membayar balik hutang mereka.

“Kami memberikan peluang kedua kepada mereka yang tidak boleh membayar balik hutang supaya tampil berjumpa dan berbincang dengan pihak kami,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Apresiasi Karnival Usahawan dan Sambutan Aidifitri 2019 di Dataran Kopakat yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional, Datuk Adam Abd Ghani.

TEKUN ada kaedah kutip hutang

Mohamad Suparadi berkata, pihaknya bagaimanap­un tidak mahu peminjam melihat dasar dan usaha TEKUN seperti ‘along’ dalam usaha agensi itu mengutip hutang.

“Bukan kami mahu menjadi seperti ‘along’ untuk mengutip hutang secara paksaan kerana kami mempunyai kaedah tertentu bagi membantu peminjam agar mampu membayar balik hutang mereka.

“Kami faham dalam keadaan ekonomi tidak menentu ramai peminjam tidak mampu bayar balik hutang mereka, terutama mereka yang tidak berjaya dalam perniagaan selepas mendapat pinjaman,” katanya.

Bagaimanap­un beliau berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas kepada peminjam yang cuba ‘lari’ daripada tanggungja­wab mereka untuk membayar balik hutang pinjaman.

“Jenis peminjam lari dan sembunyi yang kami tidak mahu kerana sikap ini akan memberikan kesan kepada usahawan kecil dan sederhana yang lain pada masa hadapan untuk mendapat dana pinjaman,” katanya.

Bukan kami mahu menjadi seperti ‘along’ untuk mengutip hutang secara paksaan” Mohamad Suparadi Md Noor, Pengerusi TEKUN

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia