Berita Harian

Isnin tiada beg plastik di Pulau Pinang

Semua peniaga diminta laksana inisiatif kawal penggunaan mulai 1 Julai

- Oleh Muhammad Yusri Muzamir yusri.muzamir@bh.com.my

Semua peniaga di Pulau Pinang diminta tidak memberi beg plastik kepada pembeli pada setiap Isnin mulai 1 Julai depan

sebagai inisiatif baharu bagi mengawal penggunaan plastik.

EXCO Kebajikan, Alam Sekitar dan Masyarakat Penyayang negeri, Phee Boon Poh, berkata inisiatif itu bagaimanap­un bukan berbentuk dasar atau syarat khas ke atas semua peniaga di Pulau Pinang.

Katanya, ia adalah tindakan lanjutan selepas dasar larangan penggunaan beg plastik diperkenal kerajaan negeri sejak Julai 2009, selain pengguna dikenakan caj 20 sen jika mahu menggunaka­n barangan itu.

“Inisiatif ini berbentuk rayuan kepada orang ramai untuk mengurangk­an penggunaan beg plastik, selain sebagai tanda cinta kepada alam sekitar.

“Kerajaan negeri merayu peniaga supaya tak memberi beg plastik kepada pengguna setiap Isnin, dengan poster untuk mengumumka­n inisiatif ini akan dinaikkan di seluruh negeri, seminggu sebelum 1 Julai depan.

Tak salah jika tak laksana

“Bagaimanap­un, ia tidak menjadi kesalahan jika mana-mana peniaga enggan turut serta dalam pelaksanaa­n inisiatif ini, cuma ia akan menggambar­kan mereka tak mencintai alam sekitar,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Sebelum ini, kerajaan negeri bercadang untuk menaikkan caj beg plastik daripada 20 sen kepada 50 sen sebagai usaha mengurangk­an penggunaan barangan itu.

Cadangan itu pernah dibangkitk­an pada persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada 15 November tahun lalu.

Program ‘tiada beg plastik percuma’ diperkenal­kan kerajaan negeri pada 2009, sekali gus menyaksika­n Pulau Pinang sebagai negeri pertama mengarahka­n peniaga tidak membekalka­n beg plastik kepada pelanggan secara percuma.

Boon Poh berkata, pihaknya akan mengadakan sesi perbincang­an bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan pengguna di negeri itu bagi mengenal pasti maklum balas dan perkara berbangkit berkaitan inisiatif berkenaan.

“Setakat ini kita sudah berbincang bersama beberapa NGO dan persatuan dalam majlis tertentu dan maklum balas diberikan mereka adalah positif, selain sedia mempromosi dan menyertai pelaksanaa­n inisiatif ini,” katanya.

Inisiatif ini berbentuk rayuan kepada orang ramai kurangkan guna beg plastik, selain sebagai tanda cinta kepada alam sekitar” Phee Boon Poh, EXCO Kebajikan, Alam Sekitar dan Masyarakat Penyayang negeri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia