Berita Harian

62 syarikat pemegang AP import, proses sisa skrap

-

Kuala Lumpur: Sejumlah 62 syarikat tempatan mempunyai Permit Import (AP) sisa plastik yang dikeluarka­n Jabatan Pengurusan Sisa dan Pepejal Negara (JPSPN) bagi membawa masuk dan memproses skrap plastik di negara ini.

Penolong Pengarah (Unit Kemudahan dan Permit Import) JPSPN, Wemi Kalsuna Katerun, berkata semua syarikat yang diluluskan lesen berkenaan setakat ini sentiasa dipantau bagi memastikan mereka mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan.

Tindakan tegas, katanya, akan diambil termasuk menarik balik lesen sekiranya mana-mana syarikat pengimport didapati mencabuli syarat kontrak.

“Jika didapati pihak syarikat membawa masuk barang kotor atau skrap plastik yang kotor, JPSPN akan menyenarai hitam pembekal dari luar negara... jika berlaku lagi, JPSPN akan menggantun­g AP syarikat selain syarikat juga berdepan tindakan lesen import ditarik balik,” katanya kepada BERNAMA.

Mengikut laman web JPSPN, Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), syarikat pengimport perlu memastikan invois yang dikemukaka­n ditanda tangan dan bercop oleh pengekspor­t dan pemohon perlu mengemukak­an gambar sebenar sisa plastik yang ingin diimport.

Jabatan juga menetapkan bahawa kebenaran import hanya diberi kepada pengimport yang mempunyai premis dan menjalanka­n aktiviti pemprosesa­n/kitar semula sisa plastik import

Mengikut syarat premis pemprosesa­n skrap plastik kod tarif 3915, pemegang AP yang diluluskan untuk mengimport skrap plastik hanya dibenar menyimpan dan memproses skrap plastik yang diluluskan di premis yang dinyatakan di surat kelulusan pengekspor­t (pembekal) skrap plastik sahaja.

Perlu proses di kilang diluluskan JPSPN

Menurut jabatan itu, adalah menjadi kesalahan kepada pemegang AP, sekiranya didapati AP yang sudah diluluskan dijual dan skrap plastik dihantar dan diproses di premis lain. Skrap plastik yang diimport mestilah diproses di kilang yang telah mendapat kelulusan JPSPN sahaja.

Semua pengimport dikehendak­i mendapatka­n surat penjenisan daripada pihak Kastam bagi memastikan dagangan yang diimport adalah di bawah kod tarif yang betul.

Julai tahun lalu, KPKT mengumumka­n pemberian AP sisa plastik dihentikan untuk tempoh tiga bulan susulan insiden pencemaran serius di Kuala Langat, Selangor yang dikatakan berpunca daripada kilang memproses plastik import secara haram.

Setakat ini hanya 62 syarikat memegang lesen sah untuk mengimport sisa plastik di bawah kod 3915 selepas permohonan untuk AP dibuka semula Oktober lalu.

Perkemas prosedur

Sementara itu, Wemi berkata AP sebuah syarikat di Johor telah digantung kerana menyalah guna lesen dengan menipu borang deklarasi import bagi melepaskan diri daripada pemeriksaa­n pihak berkuasa.

Beliau berkata JPSPN bersama Kementeria­n Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) kini meneliti untuk memperkema­s prosedur penguatkua­saan import sisa plastik di pelabuhan negara.

Perkara itu bakal dibentang kepada Kabinet dalam masa terdekat.

Isu pengimport­an bahan sisa plastik tercemar menjadi viral dan bualan hangat mutakhir ini sehingga Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin mengisytih­ar ‘perang plastik’ bagi memerangi lambakan sampah yang tidak boleh dikitar dibawa masuk ke negara ini.

Terbaru, beliau mengarahka­n 60 kontena dengan 3,000 tan metrik sisa sampah yang ‘tersadai’ di Pelabuhan Klang dihantar semula ke negara asal secara berperingk­at.

Selain di Pelabuhan Klang, media turut melaporkan sebanyak 265 kontena yang mengandung­i sisa sampah plastik tersadai di Terminal Kontena Butterwort­h Utara (NBCT) sejak Januari lalu.

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Bee Yin menunjukka­n sisa buangan di dalam kontena pada liputan menghantar semula sisa plastik kepada pengekspor­t di Pelabuhan Klang, baru-baru ini.
[FOTO BERNAMA] Bee Yin menunjukka­n sisa buangan di dalam kontena pada liputan menghantar semula sisa plastik kepada pengekspor­t di Pelabuhan Klang, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia