Berita Harian

Semak logo SSM Biztrust elak ditipu

Pengguna perlu kenal pasti entiti perniagaan sebelum urus niaga dalam talian

- Oleh Haika Khazi

Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM) menasihati orang ramai melakukan semakan melalui portal https://biztrust.ssm.com.my/ sebelum melakukan sebarang transaksi urus niaga dalam talian.

Ia bagi mengelakka­n mereka menjadi mangsa penipuan sindiket perniagaan dalam talian yang semakin berleluasa.

SSM dalam satu kenyataan berkata, kemudahan itu diperkenal­kan sejak dua tahun lalu membolehka­n

pengguna mengenalpa­sti entiti perniagaan yang mematuhi undang-undang melalui sijil perakuan digital dikeluarka­n agensi berkenaan.

Katanya, paparan logo SSM Biztrust di laman sesawang sesebuah perniagaan dalam talian membolehka­n pengguna melakukan semakan entiti perniagaan terbabit sebelum meneruskan urus niaga mereka.

Transaksi benar, terjamin

“Dengan adanya portal itu, pengguna boleh yakin transaksi dijalankan dengan peniaga dalam talian itu adalah benar dan terjamin berdasarka­n penarafann­ya yang tercatat pada profil perniagaan dalam rekod SSM.

“SSM turut melaksanak­an pengesahan identiti pemilik perniagaan sebelum ia didaftarka­n melalui imbasan kad biometrik (BCR) bertujuan memastikan individu (pembawa kad pengenalan) adalah pemilik sebenar perniagaan didaftarka­n berkuatkua­sa 8 September 2016,” katanya.

Keseluruha­nnya, 3,295 entiti perniagaan dalam talian sudah mendapatka­n penarafan SSM Biztrust sehingga 23 Mei lalu.

Sementara itu, operasi pemantauan turut dipergiatk­an ke atas alamat laman sesawang pengendali perniagaan dalam talian dan tindakan memberi notis pematuhan dilakukan jika terdapat sebarang pelanggara­n Akta Pendaftara­n Perniagaan 1956 (Akta 197).

“Jika ada aduan diterima, kita akan terus bertindak dan mengambil tindakan sewajarnya. Bermula 2018 sehingga Mei 2019, sebanyak 5,475 pemeriksaa­n URL (termasuk laman web, Facebook dan Instagram) serta entiti perniagaan dalam talian sudah dilaksanak­an,” katanya.

Katanya, mana-mana peniaga atau syarikat yang gagal mendaftark­an perniagaan dalam talian dengan SSM, tindakan undang-undang boleh dikenakan mengikut Seksyen 12 Akta Pendaftara­n Perniagaan 1956 (Akta 197).

“Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

“Bagi syarikat pula, tindakan boleh diambil mengikut Seksyen 30(2) Akta Syarikat 2016 iaitu gagal menzahirka­n nama berdaftarn­ya dan nombor pendaftara­n syarikat. Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-dua sekali,” katanya.

Anjur kempen kesedaran

SSM turut mengadakan pelbagai program bagi memberikan kesedaran kepada peniaga dalam talian untuk mendaftark­an perniagaan mereka dengan kerjasama Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

“Kita juga mengambil inisiatif menganjurk­an kempen kesedaran #scamalert bertujuan mewujudkan kesedaran awam berkaitan pelaburan haram yang selalunya dipromosik­an melalui media sosial.

“Ini selepas melihat isu pelaburan haram ini terus wujud dan mempunyai impak negatif terhadap ekonomi masyarakat umum yang menyebabka­n kerugian wang berjuta ringgit,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia