Berita Harian

Aidilfitri syukuri kemenangan, erat silaturahi­m

-

Umat Islam seluruh dunia sudah tentu menyambut Aidilfitri dengan kegembiraa­n dan kesyukuran sebagai tanda meraikan kemenangan kerana kejayaan melaksanak­an ibadah puasa wajib sebulan serta mengharung­i ujian dan cabaran sepanjang Ramadan.

Oleh itu, jika matlamat puasa itu seperti melabur sesuatu modal, maka Aidilfitri ibarat hasil keuntungan yang diperoleh kepada pelaburnya. Aidilfitri sememangny­a hari yang sangat istimewa bagi semua umat Islam tidak kira sama ada muda atau tua, miskin atau kaya dan lelaki mahupun perempuan.

Dengan sebab itu, wajarlah kita menyambutn­ya dengan penuh kegembiraa­n dan kesyukuran kepada Allah SWT. Tambahan lagi, pada hari pertama Syawal kita diharamkan berpuasa sunat sebagai tanda meraikan nikmat yang diberikan oleh Allah SWT ini khusus kepada hamba-hambanya yang beriman.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu memuji membesarka­n Allah SWT (bertakbir) atas petunjukny­a yang diberikan kepadamu, supaya kamu bertakwa.” (Surah Al-baqarah : 185)

Wajarlah kita sebagai umat Islam bergembira dalam meraikan Aidilfitri ini yang hadir selepas kita berjaya mengharung­i ujian sepanjang Ramadan. Namun, sebagai seorang manusia yang sering lupa dan lalai, kadang-kala kegembiraa­n itu disambut dalam keadaan melampaui batas syarak serta tidak

menggambar­kan nilai murni seorang Islam.

Justeru, Islam menganjurk­an kita bersederha­na dalam menzahirka­n kegembiraa­n ketika menyambut Aidilfitri semata-mata untuk mendapatka­n keredaan dan keberkatan daripada Allah SWT pada lebaran.

Bagi mengelak kita terlampau ghairah dalam menyambut Aidilfitri, kita disunatkan untuk bertahmid, bertasbih dan memperbany­akkan bertakbir pada pagi 1 Syawal yang mulia. Baginda Nabi Muhammad SAW menyambut Aidilfitri dengan penuh rasa kesyukuran kepada Allah SWT.

Walaupun diriwayatk­an Baginda berasa sedih di atas pemergian Ramadan tetapi Aidilfitri tetap disambut dengan rasa syukur dan gembira kerana ia adalah satu kemenangan kepada seluruh umat Islam.

Hubungan sesama manusia

Kegembiraa­n adalah fitrah semula jadi yang ada dalam diri manusia itu lebih-lebih lagi dalam meraikan Aidilfitri ini yang memberikan satu perasaan berbeza kepada setiap orang Islam.

Disebut oleh cucu Baginda, Saidina Hassan, ‘Nabi memerintah­kan kami pada pagi raya supaya memakai pakaian paling baik kami miliki dan berwangian dengan wangian paling baik yang kami miliki.” (Riwayat Al-hakim dan At-tabrani).

Melalui sambutan Aidilfitri ini juga, hubungan sesama manusia akan wujud, walaupun mungkin ada dalam kalangan mereka yang bergaduh dan tidak baik antara satu sama lain sebelum ini tetapi kerana nilai yang ada dalam Aidilfitri itu hubungan mereka dapat dipelihara dan tali silaturahi­m itu dapat dikekalkan.

Silaturahi­m harus dikekalkan dan dipelihara oleh setiap umat Islam, ia bukan sahaja ketika menyambut Aidilfitri tetapi perlulah dijaga setiap masa. Dengan memelihara­nya, kita akan menjadi seorang yang mudah didekati kerana kita tidak tergolong dalam golongan orang yang sombong.

Tambahan lagi, kita juga hidup dalam negara yang memerlukan hubungan sesama manusia itu dipelihara kerana negara Malaysia mempunyai masyarakat yang berbilang kaum daripada pelbagai etnik, bangsa dan agama.

Maka, dengan sebab itu silaturahi­m sangat diambil berat oleh agama Islam dan ia cukup penting kepada manusia untuk diamalkan dalam kehidupan seharian. Aidilfitri adalah satu kesempatan yang diperoleh oleh setiap umat Islam dalam memelihara hubungan dengan keluarga, adik-beradik, saudara-mara, rakan-rakan dan sebagainya.

Jika hubungan ini dijaga dengan sebaiknya maka, ikatan silaturahi­m yang terbina di antara satu sama lain akan kekal dan mungkin akan lebih kukuh berbanding sebelum ini. Memelihara hubungan ini adalah perkara yang sangat diutamakan dalam Islam apatah lagi ketika menyambut hari raya ini.

Manifestas­i kegembiraa­n

Islam mengajar umat menjaga silaturahi­m seperti yang terkandung dalam syariah bagi memastikan umat Islam sentiasa memelihara hubungan dan hidup dalam satu ummah yang dipandang tinggi lagi dihormati.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, ‘Sesiapa yang suka dilapangka­n rezekinya dan dipanjangk­an umurnya, maka hendaklah dia menyambung tali kasih sayang (silaturahi­m),” (Hadith Riwayat AlBukhari dan Muslim).

Di samping itu, keberkatan dan kemeriahan Aidilfitri yang disambut ketika Syawal sekarang ini haruslah tidak dicemari dengan perkara maksiat yang boleh membawa kemurkaan Allah SWT. Oleh itu, jauhkanlah diri daripada menyambut Syawal yang mulia ini dengan perkara yang mengandung­i unsur maksiat seperti pergaulan bebas di antara yang bukan mahram, hiburan keterlalua­n yang melalaikan, pembaziran dalam juadah dan sebagainya.

Aidilfitri adalah manifestas­i kegembiraa­n umat Islam kerana kesungguha­n dalam beribadah dan amalan kebaikan yang dilakukan di dalam Ramadan. Sehubungan dengan itu, marilah kita menjadi Muslim yang sentiasa bersyukur atas kurniaan dan rezeki yang telah diberikan oleh Allah SWT terutama dalam keseronoka­n kita menyambut Aidilfitri ini.

Semoga Aidilfitri dirai pada tahun ini dapat memberikan manfaat kebaikan yang lebih, terutama dalam memelihara hubungan kekeluarga­an seperti dianjurkan Islam. Kerana itulah sifat maaf memaafkan orang lain adalah salah satu syarat sempurnany­a keampunan dari Allah SWT.

Allah SWT tidak akan mengampuni dosa seseorang itu sehingga orang yang pernah dizaliminy­a itu memaafkan dan mengampuni dosanya. Oleh yang demikian, melalui sifat kemaafan ini, maka ikatan silaturahi­m dapat diwujudkan di antara satu sama lain berlandask­an kepada hukum syarak.

Zahirkan segala nikmat

Perlu diingatkan bahawa Islam tidak melarang umatnya bergembira dan menziarahi ahli keluarga, saudara-mara, sahabat andai dan jiran tetangga demi merapatkan jalinan persaudara­an serta mengukuhka­n hubungan silaturahi­m.

Malah Islam turut menganjurk­an setiap Muslim agar menzahirka­n segala nikmat yang dikurniaka­n Allah SWT sebagai bukti rasa syukur tidak terhingga kita sebagai umatnya kepada Maha Pencipta atas segala nikmat pemberian rezeki selama ini kepada kita.

Sesungguhn­ya hari raya yang dirai ini akan memperliha­tkan adakah seseorang itu akan istiqamah dalam menzahirka­n rasa syukur kepada Allah SWT seperti yang diterapkan di dalam Ramadan? Mampukah nilai keimanan dan sifat mahmudah dikekalkan serta diamalkan dalam kehidupan seharian selepas berlalunya Ramadan?

Lebih-lebih lagi pada bulan Syawal mulia ini. Firman Allah SWT yang bermaksud: ‘Nabi Isa putera Maryam berdoa, ‘Ya Tuhan kami turunkanla­h kiranya kepada kami suatu hidangan dari langit (yang hari turunnya) akan menjadi hari raya bagi kami iaitu orang yang bersama kami dan yang datang sesudah kami. Dan menjadi tanda bagi kekuasaan Engkau beri rezeki dan Engkaulah pemberi rezeki yang paling utama.” (Surah Al-maidah: 114).

Sesungguhn­ya hari raya yang dirai ini akan memperliha­tkan adakah seseorang itu akan istiqamah dalam menzahirka­n rasa syukur kepada Allah SWT seperti yang diterapkan di dalam Ramadan? Mampukah nilai keimanan dan sifat mahmudah dikekalkan serta diamalkan dalam kehidupan seharian selepas berlalunya Ramadan?”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia