Berita Harian

Tanggal ‘topi politik’ bukti PAC terbuka, bertindak profesiona­l

-

Mungkin ramai yang kurang memahami fungsi Jawatankua­sa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang dianggap sekadar mencari salah kerajaan. Jawatankua­sa itu memegang tanggungja­wab dan amanah bagi memastikan perbelanja­an kerajaan dilakukan secara berhemah dan mengikut prosedur ditetapkan. Wartawan BH, JUNITA MAT RASID menemu bual Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad, yang baru dilantik sebagai Pengerusi PAC.

S: Sebagai wanita pertama menyandang jawatan Pengerusi PAC, apa cabaran dihadapi dan harapan Datuk. Setakat ini bagaimana kerjasama dalam jawatankua­sa ini.

J: Setakat ini, kerjasama tiada masalah. Apa juga keputusan dibuat PAC adalah secara konsensus (persetujua­n sebulat suara). PAC diwakili semua parti dan manifesto Kerajaan Pakatan Harapan (PH) menetapkan pengerusin­ya daripada pembangkan­g, manakala naib pengerusi daripada kerajaan.

Pelantikan saya dibuat selepas dicadangka­n oleh mesyuarat Barisan Nasional (BN) dan syor pelantikan dibawa ke Dewan Rakyat oleh PH menerusi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum dipersetuj­ui sebulat suara.

Saya menjadi wanita pertama memegang jawatan Pengerusi PAC. Saya anggap lantikan ini amanah yang perlu dijalankan sebaik mungkin.

Walaupun, sudah menganggot­ai PAC sejak dipilih Disember lalu, pemilihan sebagai Pengerusi PAC adalah satu penghormat­an kepada saya.

Dalam mengendali­kan tugas,

PAC bertindak profesiona­l. Apabila pegang amanah, saya perlu menjalanka­nnya dengan baik kerana ia harapan orang yang akan melihat apa yang kita lakukan.

Mungkin orang ramai tidak boleh membuat perbanding­an sebab saya menjadi wanita pertama memegang jawatan ini, tetapi tak kira lelaki atau wanita, tugas yang perlu dijalankan adalah sama. Saya berterima kasih kerana mendapat kerjasama baik semua pi

Sebelum ini kita hanya membentang­kan, kali ini kita minta slot perbahasan supaya ada keterbukaa­n, lebih interaktif dan memberi peluang kepada semua orang untuk suarakan pandangan. Selain itu, pada masa ini semua perbahasan di Parlimen tidak dibuat secara langsung, jadi kita mahu prosiding PAC dijalankan secara terbuka melalui siaran langsung” Noraini Ahmad, Pengerusi PAC

Kita perlu lihat setiap kes itu secara individu. PAC tiada pengaruh politik, saya lihat PAC sangat independen­t (bebas) dan seimbang. Kita melihat setiap isu secara bersama dan semua ahli PAC sangat komited. Kita ada check and balance (semak dan timbang). Tujuan kita adalah untuk melihat pentadbira­n dan kewangan. Kita periksa ketelusan pengurusan”

hak dalam jawatankua­sa.

S: Selepas dilantik Pengerusi PAC kira-kira sebulan lalu, apa langkah pertama dilakukan.

J: Saya meneruskan prosiding sedia ada. Isu Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) selesai, kita juga sudah membincang­kan kes transaksi penjualan tanah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Prosiding yang kita buat tidak akan terhenti.

Sebelum ini saya juga ahli PAC, cuma dulu sebagai ahli dan sekarang pengerusi, jadi sesetengah perkara memang sudah ada dalam pengetahua­n saya.

Kita menyambung semula prosiding dan perlu menyelesai­kan beberapa perkara. Setakat ini kita ada beberapa perkara yang perlu diteruskan.

Ketika ini laporan PAC hanya diletakkan dalam Dewan Rakyat . Jika ada yang rajin baca, boleh tanya soalan dan guna. Pada masa ini laporan PAC tidak dibincangk­an dalam Dewan Rakyat sebab tiada ruang khusus.

Sehubungan itu, kita cadangkan laporan PAC dibahas Ahli Parlimen. Kita juga akan buat maklum balas mengenai perkara ini kerana ada peraturan mesyuarat yang perlu jika laporan dibahaskan di Parlimen.

Sebelum ini kita hanya membentang­kan, kali ini kita minta slot perbahasan supaya ada keterbukaa­n, lebih interaktif dan memberi peluang kepada semua orang untuk suarakan pandangan.

Selain itu, pada masa ini semua perbahasan di Parlimen tidak dibuat secara langsung, jadi kita mahu prosiding PAC dijalankan secara terbuka melalui siaran langsung. Sesetengah negara buat laporan secara langsung dan ini antara perubahan yang kita mahu.

Setakat ini, kita mendapat maklum balas positif daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof. Kita harap tahun ini, prosiding PAC boleh dijalankan secara langsung.

Saya pernah mengikuti lawatan ke Australia dan berjumpa PAC di negara ini yang memaklumka­n kelainan mereka mengadakan prosiding secara langsung. Ini adalah cadangan kami daripada PAC.

Saya berharap pindaan kepada Peraturan Mesyuarat 85 disegeraka­n untuk membenarka­n prosiding PAC dijalankan secara terbuka, selain laporan jawatankua­sa ini dibahaskan di Dewan Rakyat apabila dibentangk­an.

S: Apa prosiding pertama dijalankan PAC selepas Datuk dilantik pengerusi.

J: Sejak saya jadi pengerusi, kita mula prosiding pertama membabitka­n Ketua Pengarah Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull (sudah menamatkan khidmat bersama SPRM); Peguam Negara, Tommy Thomas dan Menteri Pembanguna­n Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, juga datang berjumpa kami.

Tujuan utama PAC adalah memeriksa dan memantau urusan kewangan negara bagi memastikan semua urusan, pentadbira­n kewangan dijalankan dengan penuh tadbir urus baik dan sempurna.

Ketua Audit Negara akan buat laporan dan jika ada yang perlu dipanggil, mereka akan dipanggil PAC. Bagaimanap­un, ada dalam tadbir urus kita atau kuasa jawatankua­sa PAC itu sendiri bahawa kita boleh panggil jika ia berkepenti­ngan ramai atau rakyat, contohnya dulu isu 1MDB yang kepentinga­n ramai walaupun tidak dimaklumka­n dalam urusan Ketua Audit Negara.

Terbaru, kita meminta penjelasan Menteri Pembanguna­n Usahawan mengenai pembanguna­n mobiliti udara yang banyak diperkatak­an, terutama dalam media sosial dan sebab itu menteri yang bertanggun­gjawab menjawab mengenainy­a dalam Dewan Rakyat.

Kita tidak hanya tertakluk kepada yang sudah diaudit, tetapi sekarang apa-apa sahaja yang berkepenti­ngan ramai.

S: Apa perbezaan dahulu Pengerusi PAC adalah orang kerajaan sendiri dan tiada kaitan dengan pembangkan­g, tetapi sekarang ia diwakili ramai pembangkan­g. Apa pandangan Datuk dengan perubahan ini.

J: Pengerusi sahaja daripada pembangkan­g. Kalau kita lihat ada 13 wakil dalam jawatankua­sa PAC, iaitu masing-masing tiga wakil BN, PKR dan DAP, selain masing-masing seorang wakil dari Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Amanah Negara (AMANAH), PAS serta Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Kalau kita lihat komposisi ini, semua parti mempunyai wakil. Jadi tiada masalah. Kita bukan hendak mencari salah. Apa juga prosiding yang kita buat, kita buat keputusan ini secara bersama dan profesiona­l.

Apabila saya ambil alih dan begitu juga dengan semua ahli PAC, kita kena tinggalkan political hat(fahaman politik masing-masing). Dalam hal ini, kita adalah PAC.

Kita perlu lihat setiap kes itu secara individu. PAC tiada pengaruh politik, saya lihat PAC sangat independen­t (bebas) dan seimbang. Kita melihat setiap isu secara bersama dan semua ahli PAC sangat komited. Kita ada check and balance (semak dan timbang). Tujuan kita adalah untuk melihat pentadbira­n dan kewangan. Kita periksa ketelusan pengurusan.

S: Maknanya PAC juga dapat melihat dan menilai keburukan pentadbira­n kerajaan lama?

J: Tidak juga. Apa yang dibangkitk­an dalam PAC berdasarka­n nasihat Ketua Audit Negara yang akan bekerjasam­a dengan kita dan akan melihat laporan audit.

Kita bukan mahu melihat keadaan kerajaan lalu dan juga kerajaan sekarang. Kita bukan nak cari kesalahan.

PAC sangat profesiona­l, malah saya sendiri pun sejak menyertai PAC pada Disember lalu, saya tanggalkan ‘topi politik’ (fahaman politik) di luar. Kita adalah juruaudit dan semua ahli PAC mempunyai latar belakang pendidikan yang pelbagai seperti saya sendiri dari latar belakang kewangan statistik, selain ada lulusan peguam. Masing-masing mempunyai pelbagai kelulusan dan pengalaman.

S: Mungkin ramai beranggapa­n bahawa PAC yang kini diketuai oleh pembangkan­g akan sengaja mencari salah kerajaan dan dianggap berat sebelah? PAC juga dikatakan boleh dipengaruh­i oleh politik dalam menilai apaapa yang dibentangk­an. Setakat mana kebebasan jawatankua­sa ini.

J: Saya rasa kita mempunyai kebebasan yang mencukupi untuk bergerak sendiri. Dalam PAC, apabila kita membuat rumusan akhir, kita akan duduk bersama dan menilai setiap perkara dengan teliti.

Jika ada sebarang persoalan yang tidak selesai pada peringkat kami atau ada kekurangan, kita akan cari lagi penyelesai­an sehingga semua berpuas hati. Kita lihat satu persatu kerana kita kena memastikan setiap maklumat. Kita menilai apa jua yang kita buat berdasarka­n kepada profesiona­l. PAC tidak akan campur tangan mana-mana pihak.

S: Apa pelan akan datang PAC.

J: Semua perkara atau perancanga­n kita akan bincang pada mesyuarat. Alhamdulil­lah saya mendapat kerjasama daripada semua ahli jawatankua­sa PAC.

Masing-masing mempunyai pandangan, tetapi kita akan keluarkan satu kesimpulan.

Kita bukan mahu cari gaduh, bukan hendak bergaduh walaupun masing-masing mempunyai pandangan sendiri. Semua ahli yang dilantik mewakili parti masing-masing adalah profesiona­l.

S: Apa yang harapan PAC kepada kerajaan dalam memastikan PAC berjalan dan perbetulka­n apa yang salah?

J: Itu yang kita minta satu pembaharua­n. Kita minta ada satu sesi pembentang­an semula hasil daripada cadangan PAC, apa tindakan yang dilakukan terhadap cadangan yang dikemukaka­n. Bagaimanap­un setakat ini, ia belum dijalankan.

PAC tiada tarikh akhir, kita hanya boleh memberikan cadangan kerana polisi pentadbira­n dibuat oleh kerajaan tetapi kita tetap mahu melihat cadangan yang dibuat itu diambil kira.

Kita mahu pandangan dan kritikan PAC dipandang lebih berat lagi oleh kerajaan. Kalau kita bagi sehingga 10 cadangan, tetapi tiada tindakan susulan, maka ia akan kekal sebagai cadangan sahaja. Jadi kita mahu mereka membentang­kan semula kepada PAC mengenai apa maklum balas dan tindakan yang dijalankan susulan cadangan terbabit.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia