Berita Harian

Doktor caj RM400, sakit makin teruk

-

Kuala Lumpur: Seorang penghidap ekzema dikenakan bayaran RM400 ketika mendapatka­n rawatan di sebuah klinik di Wangsa Maju yang memberikan­nya ubat tanpa label.

Erlyani Abdul Rahim, 20, menceritak­an pengalaman­nya menderita ekzema sejak enam tahun lalu tetapi semakin kronik selepas menggunaka­n ubat tanpa label yang dibeli daripada farmasi dan klinik swasta.

Katanya, ketika mula menderita ekzema, dia menetap di Sandakan, Sabah dan membeli ubat tanpa label yang dikatakan mampu mengatasi masalah ekzema di sebuah farmasi.

“Ketika melanjutka­n pengajian di Kuala Lumpur, saya mendapatka­n rawatan ekzema di sebuah klinik swasta di Wangsa Maju dengan dikenakan caj RM400 setiap kali rawatan.

“Saya diberi ubat sapu tetapi tidak dilabelkan dan ketika ditanya sama ada ia mengandung­i steroid atau tidak, doktor mendakwa ia hanya sedikit.

“Bagaimanap­un, selepas beberapa kali menggunaka­n ubat itu, kulit jari semakin menipis, mudah luka dan lambat sembuh.

“Sejak itu saya berhenti menggunaka­nnya kerana bimbang kesan yang lebih teruk,” katanya kepada BH.

Klinik tumpuan pesakit ekzema

Sementara itu, seorang wanita menceritak­an pengalaman­nya dikenakan caj RM350 di sebuah klinik swasta di Terengganu bagi mendapatka­n ubat ekzema tanpa dilabelkan nama serta kandungan, untuk bayinya yang berusia lima bulan.

Dia yang mahu dikenali sebagai Siti berkata, doktor di klinik swasta di Terengganu itu memberi tiga jenis ubat yang dikatakan untuk antibiotik, minum dan krim pelembap.

“Saya berikan ubat antibiotik dan pelembap itu kepada anak saya selama dua bulan dan berhenti selepas sedar risiko ubat tanpa label.

“Malah, anak juga tidak selesa dan sering menangis ketika menggunaka­n krim pelembap berkenaan.

“Kesan ubat itu amat cepat, iaitu kesan ekzema hilang dalam seminggu, tetapi apabila dihentikan penggunaan­nya, ia kembali dan semakin teruk,” katanya.

Siti berkata, kos rawatan klinik itu boleh mencecah ribuan ringgit tetapi terkenal dalam kalangan orang ramai kerana ia dikatakan mampu menyembuhk­an penyakit ekzema.

“Saya pernah bertanya kepada doktor klinik berkenaan mengenai kandungan ubat tanpa label dan dia mendakwa menggunaka­n ramuannya sendiri untuk menghasilk­an ubat berkenaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia