Berita Harian

Ubat sapu tanpa label umpama meracun diri

Pesakit ekzema terdedah guna produk berisiko mengandung­i racun berjadual

- Oleh Wan Noor Hayati Wan Alias wanti@bh.com.my

Penjualan ubat sapu tanpa melabelkan isi kandungan dan cara penggunaan­nya, dikhuatiri mengundang pelbagai risiko jika ia mengandung­i racun berjadual.

Penghidap sakit kulit seperti ekzema boleh terdedah dengan kesan sampingan seperti kulit menipis, katarak, glaukoma mata dan lain-lain lagi jika ia mengandung­i kandungan steroid yang tinggi.

Pakar Dermatolog­i dari Persatuan Dermatolog­i Malaysia, Dr Kartini Farah Rahim, ketika mendedahka­n perkara itu berkata, ramai pesakit ekzema yang datang ke kliniknya mendapat simptom kesan sampingan yang sama akibat penggunaan ubat tanpa label.

Katanya, kebanyakan klinik swasta mahu merahsiaka­n kandungan ubat yang diberi khususnya kepada pesakit yang mengalami masalah kronik.

“Perkara ini tidak boleh diterima kerana pesakit berhak mengetahui bahan yang digunakan dan jika ada racun berjadual, mereka boleh mengambil langkah berhati-hati.

“Trend ini makin menjadi-jadi mungkin kerana persaingan hebat, menyebabka­n kebanyakan klinik swasta mencampurk­an steroid bagi

menghasilk­an tindak balas cepat seperti mengurangk­an ruam kulit tanpa mengambil kira kesan sampingan yang lain,” katanya kepada BH.

Dr Kartini berkata, kebanyakan klinik mahu pesakit mengambil ubat dari klinik mereka sahaja dan tidak membelinya di farmasi luar.

“Mereka juga bimbang pesakit tidak mahu membeli ubat berkenaan sekiranya dimaklumka­n ada racun berjadual.

“Biasanya pihak berkenaan mencampurk­an steroid berpotensi tinggi, antibiotik, antifungal ke dalam ubat sapu krim pelembap yang biasa,” katanya.

Doktor minta rahsia nama ubat

Sementara itu, seorang ibu kepada bayi yang menghidap ekzema bimbang kesan mengantuk apabila diberi ubat yang hanya dilabel gatal tanpa mengetahui nama dan kandungan sebenar ubat berkenaan.

Norashikin Azeman, 27, berkata ubat itu diberikan oleh doktor pakar di sebuah klinik swasta di Klang.

“Doktor itu memberi ubat sapu Steroid H-cort, cecair pembersih dan ubat makan yang dilabel gatal.

“Saya dimaklumka­n oleh pakar kesihatan lain, bayinya yang berusia empat bulan ketika itu tidak sesuai diberi ubat makan sedemikian.

“Bayi saya tiba-tiba mengantuk dan sejak itu saya menghentik­an penggunaan ubat itu kerana bimbang kesan lebih serius,” katanya.

Seorang lagi ibu kepada penghidap ekzema, Suhazlin Shahrul Anuar, 30, tampil menceritak­an pengalaman­nya dua tahun lalu apabila doktor sebuah klinik swasta di Johor mengarahka­n kakitangan­nya supaya tidak mendedahka­n nama ubat yang diberikan kepada pesakit.

“Doktor berkenaan melarang saya membeli ubat untuk anak saya di luar dan jika ada kesan sampingan akibat penggunaan ubat tanpa label yang diberinya, saya perlu datang semula ke klinik untuk rawatan kali kedua.

“Bagaimanap­un, saya perlu tahu nama ubat dan dos yang diberi, terutama jika mengandung­i steroid kerana penggunaan­nya berbeza daripada ubat tanpa steroid,” katanya.

Katanya, keadaan amat terdesak kerana klinik lain tutup menyebabka­n dia terpaksa menggunaka­n ubat tanpa label itu untuk anaknya yang ketika itu berusia empat bulan.

Buat aduan

Dia bagaimanap­un hanya menggunaka­n ubat tanpa label itu dalam kuantiti sedikit selama dua hari kerana bimbang kesan sampingan sebelum mendapat bekalan ubat di klinik lain.

Suhazlin menjelaska­n bahawa penghidap ekzema sangat sensitif kepada steroid kerana penggunaan yang salah akan menyebabka­n kesan sampingan yang teruk.

“Antara kesan sampingan penggunaan steroid adalah pesakit akan imun dengan ubat sehingga tidak memberi kesan pada masa akan datang, menyebabka­n penggunaan seterusnya memerlukan dos lebih tinggi.

“Ia turut menipiskan kulit, terutama dalam kalangan bayi dan mudah terkoyak ketika digaru, kerapuhan tulang dan kerosakan buah pinggang,” katanya.

Kejadian itu sudah diambil tindakan oleh Kementeria­n Kesihatan selepas dia mengemukak­an aduan.

Ikuti reaksi Ketua Pengarah KKM, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berikutan peningkata­n aduan awam mengenai ubat tanpa label dalam siri kedua laporan khas dalam BH esok.

Kebanyakan klinik swasta mahu merahsiaka­n kandungan ubat yang diberi khususnya kepada pesakit yang mengalami masalah kronik. Perkara ini tidak boleh diterima kerana pesakit berhak ketahui bahan yang digunakan dan jika ada racun berjadual, mereka boleh mengambil langkah berhati-hati” Dr Kartini Farah Rahim, Pakar Dermatolog­i dari Persatuan Dermatolog­i Malaysia

Doktor itu memberi ubat sapu Steroid H-cort, cecair pembersih dan ubat makan yang dilabel gatal. Saya dimaklumka­n pakar kesihatan lain, bayi saya yang berusia empat bulan ketika itu tak sesuai diberi ubat makan itu” Norashikin Azeman, Ibu

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Contoh ubat yang tidak dilabel dengan betul.
Contoh ubat yang tidak dilabel dengan betul.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia