Berita Harian

Agensi digesa siasat, ambil langkah proaktif: Husam

-

Kota Bharu: Semua agensi berkaitan digesa segera menyiasat dan mengambil langkah proaktif bagi menyelamat­kan penduduk Orang Asli di Kuala Koh, Gua Musang, yang dipercayai menghidap penyakit tibi dan jangkitan kuman di paru-paru.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan, Datuk Husam Musa, berkata sebanyak 13 kematian dalam tempoh sebulan itu memerlukan perhatian segera semua pihak.

Beliau berkata, punca kematian sebilangan penduduk bersama ancaman kesihatan yang sedang mereka alami memerlukan tindakan penyelamat­an segera.

“Jika benar punca kematian mereka adalah dari sisa buangan lombong besi yang mencemari tadahan air mereka yang sudah sedia daif, langkah segera membekalka­n air bersih hendaklah diambil dan kesan amalan perlombong­an berkenaan hendaklah disiasat dan diatasi.

“Adalah satu peristiwa malang, Orang Asli yang sedia ketinggala­n dan kesempitan dalam semua segi, disukarkan lagi kehidupan mereka sehingga mengorbank­an bilangan yang besar keluarga mereka, termasuk kanak-kanak.

Elak lebih ramai jadi mangsa

“Lebih penting ialah anggota masyarakat mereka yang masih hidup tidak terus menjadi mangsa dan dapat diselamatk­an,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, penyakit tibi dan jangkitan kuman di paru-paru dipercayai menjadi punca kematian 13 Orang Asli suku kaum Batek di Kuala Koh, di sini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superinten­dan Taufik Maidin, berkata 13 kematian itu dicatat dalam tempoh sejak Mei lalu sehingga kelmarin.

Katanya, pihaknya menerima dua laporan daripada Orang Asli membabitka­n jangkitan kuman di paruparu atau pneumonia.

Sementara itu, Presiden Parti Bumiputra Perkasa (PUTRA), Datuk Ibrahim Ali, menggesa penubuhan jawatankua­sa bebas oleh Majlis Keselamata­n Negara dengan dianggotai doktor pakar, pihak keselamata­n dan tokoh berwibawa bagi menyiasat kejadian itu.

 ??  ?? Husam Musa
Husam Musa

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia