Berita Harian

‘Pusara khatib nyaman seperti pendingin hawa’

Jiran cerita pengalaman gali kubur Ku Yaacob meninggal dunia ketika baca khutbah Jumaat

- Oleh Zuliaty Zulkiffli bhnews@bh.com.my

“Mereka yang menggali liang kubur Allahyarha­m berasa seolah-olah berada dalam ruang sejuk nyaman dengan pendingin hawa dan selesa.”

Kisah itu dikongsi Nasir Abas, 64, jiran kepada khatib, Ku Yaacob Ku Hasim yang meninggal dunia ketika membaca khutbah Jumaat, kelmarin.

Nasir berkata, Allahyarha­m dikenali sebagai insan baik dan rajin, selain paling disegani di kawasan perumahan di Taman Mutiara, Jalan Sultanah, di sini.

“Saya tidak sempat beraya dengan arwah tapi ada berjumpa ketika solat Jumaat semalam.

“Kebetulan saya berada di saf hadapan dan mendengar khutbah disampaika­n sebelum arwah tiba-tiba rebah.

“Kami sedih apabila dimaklumka­n arwah meninggal dunia selepas itu, namun perginya dengan cara mulia di rumah Allah,” katanya ketika dihubungi,

semalam.

Nasir yang juga Imam Surau Al Hijrah, Kuala Kedah, sudah lama mengenali Ku Yaacob kerana anak mereka berkawan baik sejak sekolah.

Wajah berseri ketika dikafan

Ghozali Omar, 53, berkata wajah sepupunya itu berseri ketika dikafankan.

“Kematianny­a mendapat liputan meluas dan ramai yang mendoakan rohnya dicucuri rahmat Allah, termasuk mereka yang tidak mengenalin­ya.

“Allahyarha­m mempunyai penyakit kencing manis dan mungkin terkena serangan jantung ketika meninggal dunia,” katanya.

Jenazah Ku Yaacob dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al Bukhary, Jalan Langgar pada jam 6 petang kelmarin.

Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddi­n dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, serta Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadhil Awang, turut menghadiri pengebumia­n.

Usaha menemu bual ahli keluarga Allahyarha­m di rumahnya gagal kerana masih bersedih dengan kejadian itu.

Ku Yaacob meninggal dunia selepas rebah ketika menyampaik­an khutbah Jumaat di Masjid Al Bukhary, di sini, tengah hari kelmarin.

Allahyarha­m dibantu jemaah masjid yang juga seorang doktor dan dihantar ke hospital dengan ambulans sebelum disahkan meninggal dunia.

Kematianny­a mendapat liputan meluas dan ramai yang mendoakan rohnya dicucuri rahmat Allah, termasuk mereka yang tidak mengenalin­ya” Ghozali Omar, Sepupu

Allahyarha­m dikenali sebagai insan baik dan rajin, selain paling disegani di kawasan perumahan di Taman Mutiara, Jalan Sultanah” Nasir Abas, Jiran

 ?? [FOTO IHSAN PEMBACA] ?? Majlis pengebumia­n Ku Yaacob di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al Bukhary, Jalan Langgar, Alor Setar, semalam turut dihadiri Tengku Sarafudin Badlishah dan Mukhriz.
[FOTO IHSAN PEMBACA] Majlis pengebumia­n Ku Yaacob di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al Bukhary, Jalan Langgar, Alor Setar, semalam turut dihadiri Tengku Sarafudin Badlishah dan Mukhriz.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia