Berita Harian

Atlet paralimpik impi jadi jurusolek terkenal

-

Kota Bharu: Kekurangan fizikal pada dirinya bukan pengjalang kepada gadis remaja ini menyimpan impian untuk menjadi jurusolek terkenal suatu hari nanti.

Malah, Nur Ain Natasya Marzuki, 16, yang juga atlet paralimpik Kelantan turut menjadikan aktiviti bersolek sebagai hobinya pada masa terluang, selain sibuk dengan pelajaran dan sesi latihan yang perlu dijalaniny­a.

Katanya, minat terhadap bidang solekan bermula sejak kecil, malah dia turut mengumpul pelbagai jenis barang solek seperti gincu, bedak dan celak mata.

“Kecacatan tidak menghalang saya untuk kelihatan bergaya dan cantik, malah ia sebagai penyuntik keyakinan diri. Disebabkan saya masih berstatus pelajar, saya terpaksa membataska­n sedikit minat terhadap bidang solekan, namun ia bukan penghalang untuk saya menyimpan impian itu.

“Saya redha dengan takdir hanya memiliki sebelah tangan. Namun, saya mahu membuktika­n dengan sebelah tangan ini, saya boleh menjadi insan berjaya, termasuk bergelar jurusolek profesiona­l suatu hari nanti,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Bakti, Pengkalan Chepa, di sini.

Nur Ain berkata, dia mulai aktif dalam bidang olahraga sejak memasuki sekolah menengah dan bakatnya terus diasah sebagai atlet paralimpik.

Sering dipandang rendah

Katanya, sebelum ini dia pernah berasa kurang keyakinan diri kerana fizikalnya sering kali diejek dan dipandang rendah oleh rakan.

“Namun selepas mendapat nasihat dari ibu, Norida deraman, 45, saya kembali berfikiran positif dan mencari sesuatu yang membolehka­n saya gembira seperti bersolek.

“Saya beberapa kali mengikuti kakak angkat ke kelas solekan jika ada masa terluang dan turut menjadikan jurusolek Instafamou­s seperti Bella dan Asyallie sebagai idola.

“Ramai saudara mara yang memuji hasil solekan saya malah mereka sanggup menadah muka dan mempercaya­i kebolehan saya untuk menata rias mereka,” katanya.

 ?? [FOTO SYAMSI SUHAIMI /BH] ?? Nur Ain Natasya yang cacat tangan sebelah kanan mempunyai kemahiran dalam bidang solekan ketika ditemui, di Taman Bakti, Pengkalan Chepa, Kota Bharu. (Gambar kecil) Nur Ain Natasya menunjukka­n pingat dimenangi dalam sukan paralimpik.
[FOTO SYAMSI SUHAIMI /BH] Nur Ain Natasya yang cacat tangan sebelah kanan mempunyai kemahiran dalam bidang solekan ketika ditemui, di Taman Bakti, Pengkalan Chepa, Kota Bharu. (Gambar kecil) Nur Ain Natasya menunjukka­n pingat dimenangi dalam sukan paralimpik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia