Berita Harian

Pegawai bank rugi RM3J jadi mangsa ‘love scam’

Mangsa terpedaya janji suspek mahu kahwin jika kerjasama buka stesen minyak

- Oleh Nur Izzati Mohamad bhnews@bh.com.my

Seorang pegawai bank wanita kerugian lebih RM3 juta selepas menjadi mangsa sindiket ‘love scam’ akibat terpedaya dengan janji seorang lelaki untuk mengahwini­nya jika bekerjasam­a dalam perniagaan membangunk­an sebuah stesen minyak.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata mangsa berusia 51 tahun itu mengenali suspek melalui aplikasi ‘Coffee Meet Bagel’, sejak Ogos lalu dan mulai rapat hingga mereka berkomunik­asi menerusi Whatsapp.

Noorzainy berkata, suspek kemudian mula menipu mangsa dengan mengajak wanita terbabit menjadi rakan kongsi perniagaan stesen minyak dianggarka­n bernilai AS$25 juta (RM103.7 juta) dan memintanya membuat bayaran pendahulua­n AS$38,000 (RM157,627).

“Akibat terlalu cinta dan percaya kepada suspek, apatah lagi dijanjikan untuk berkahwin, mangsa melakukan pemindahan wang ke akaun diberikan suspek, berterusan hingga 19 transaksi, sebelum menyedari dirinya ditipu,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Guna duit gaji, simpanan

Beliau berkata, mangsa dilaporkan mengalami kerugian keseluruha­n bernilai AS$815,331 (Rm3.27juta) dan tampil membuat laporan mengenainy­a Selasa lalu.

“Mangsa mengenal pasti suspek dan memaklumka­n bahawa wang diberikan kepada suspek adalah gaji bulanannya serta simpanan selain meminjam daripada ahli keluarga.

“Orang ramai dinasihati supaya tidak terpedaya dengan muslihat dan tipu helah individu tidak dikenali terutamany­a di media sosial berikutan jenayah siber yang semakin berleluasa,” katanya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Akibat terlalu cinta dan percaya kepada suspek, apatah lagi dijanjikan untuk berkahwin, mangsa melakukan pemindahan wang ke akaun diberikan suspek, berterusan hingga 19 transaksi, sebelum menyedari dirinya ditipu” Noorzainy Mohd Noor, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia