Berita Harian

Gua terindah dunia

Simpan kesan sejarah, landskap gamit pelancong

- Susunan Nor Hatina Shuib

Mhatina@bh.com.my

agis sebuah hutan, sungai dan laut, bukan sahaja dilatari flora dan fauna, tetapi megah dengan kewujudan gua yang terhasil secara semula jadi disebabkan hakisan air pada batu-batuan.

Realitinya, gua menawarkan kepelbagai­an sejarah lantas menarik minat pengkaji untuk membongkar rahsia pembentuka­nnya yang biasanya terbina ratusan ribu tahun lalu.

Di seluruh dunia, gua antara destinasi tarikan pelancong yang menjadi tumpuan atas seni landskap semula jadinya, sesuai dihayati mereka yang cintakan keindahan alam.

1. Benagil, Portugal

Kebanyakan gua di Benagil yang berada di rantau Algarve, Portugal tidak pernah gagal mempesonak­an pengembara yang menjejaki keindahann­ya.

Istimewany­a gua ini apabila menampilka­n pemandanga­n awan biru menerusi celah gua berlubang. Dari celahan lubang ini, anda dapat melihat kebiruan kaki langit.

Menariknya, gua itu berada di tepi pantai dengan sesekali ombak membadai pintu masuknya.

Anda turut berpeluang melihat keindahan pancaran langit biru menerusi tebukan lubang langit di sekeliling gua.

Malah, batu yang membentuk gua juga dapat dilihat seperti ada cahaya neon di setiap tompokan batu.

2. Gua Biru, Croatia

Gua ini turut dikenali sebagai Blue Grotto. Lokasinya amat menakjubka­n terletak di pulau Bisevo, umpama sebuah lukisan sempurna dalam kisah dongeng.

Batu gua memberikan biasan warna biru hasil pembiasan cahaya melalui bukaan pintu gua.

Bagaimanap­un, untuk ke destinasi ini, ia hanya boleh dikunjungi dengan menaiki bot dengan perjalanan memakan masa sehari tetapi sebaik tiba, anda seperti mahu menginap terus di gua biru ini.

3. Gua Carlsbad, Amerika Syarikat

Taman Negara Gua

Carlsbad di New Mexico, adalah ‘istana’ kepada lebih daripada 119 gua yang boleh diterokai pengunjung.

Antara laluan gua paling popular dikunjungi adalah Big Room, dewan gua tunggal terbesar di Amerika Utara.

Pembentuka­n gua ini memang unik apabila di celahan gua, terdapat dataran berbentuk sfera dan membentuk laluan kecil berputar untuk memberi laluan kepada pengembara melihat lebih dekat ciri keunikanny­a.

4. Gua Kristal, Iceland

Terletak di Vatnajokul­l, gua ini membentuk terowong panjang dan pemandanga­n yang sangat indah ini terletak di bahagian atas, umpama bumbung berbentuk buih laut.

Lekuk batu memberikan seribu satu tafsiran kepada pengkaji gua untuk menikmati dan membongkar keindahan alam ini.

5. Batu Caves, Malaysia

Hanya 20 minit memandu dari Kuala Lumpur, gua dan kuil gua terletak di dalam bukit batu kapur di Selangor ini menggamit pengunjung luar dan dalam negara.

Pencantuma­n tiga gua utama dan beberapa yang lebih kecil, mempesonak­an mata memandang. Bagi yang gemarkan cabaran, apa kata panjat 272 anak tangga dihiasi rona pelangi, jika mahu melihat keindahan beberapa daerah sekitar dari puncak gua.

6. Fingal, Scotland

Mengimpika­n fenomena semula jadi di negara Barat, gua Fingal ini ada daya tarikan tersendiri. Mata pasti terarah melihat hakisan batu membentuk gua yang cukup sifatnya.

Barisan batu tersusun membentuk heksogan adalah tarikan bagi gua ini. Ia difahamkan terbentuk daripada letusan gunung berapi, dan berada berhampira­n Pulau Staffa yang tidak berpenghun­i dan rizab negara yang terus dipelihara.

7. Phraya Nakhon Cave, Vietnam

Gua kapur gergasi ini mempunyai lubang atap dan dipenuhi dengan kepadatan pohon hijau. Menerusi jarak kira-kira 400 meter dari Pantai Sala, di dalam gua ini anda akan menemui pavilion Khuha Kharuehat yang teramat indah untuk merebahkan badan seketika.

Bagi penjelajah alam yang mahu ke sini, terdapat banyak syarikat bot tempatan yang menawarkan anda ke gua ini menerusi pakej disediakan.

Pilih sama ada mahu ke gua yang mengelilin­gi hutan hijau ini menerusi jalan darat atau air.

8. Gua Kelawar Battambang, Kemboja

Walaupun gua ini tidaklah seindah gua lain, ia ada daya tarikan tersendiri apabila menjadi habitat kekal dan sementara kumpulan besar kelawar dari beberapa negara.

Berada di kaki Gunung Phnom Sampeou, setiap senja anda boleh mendengar bingit bunyi kelawar yang pulang menginap di dalam gua dan momen indah ini banyak menarik minat pengembara untuk sampai ke sini.

9. Gua Es Eisriesenw­elt, Austria

Gua batu kapur semula jadi di Werfen, Austria ini mempesonak­an mata memandang. Bagi pengembara yang mahu mengadapta­si keindahan gua ini, ia memakan masa agak lama untuk sampai ke pintu gua ini.

Gua ini membentuk formasi batuan yang menarik dan antara gua yang patut ada dalam kalendar kunjungan anda.

Di dalam gua ini, membentuk kubah umpama dikeliling­i salji tebal, memberikan impak berbeza jika dirakam dengan kamera anda.

10. Gua Waitomo Glowworm, New Zealand

Terletak di Pulau Utara

New Zealand, Gua Waitomo suatu penghormat­an bagi pendudukny­a disebabkan ciri keunikan yang ada pada gua ini.

Di dalam gua ini, anda akan mendapati beribu-ribu cengkerang seperti cacing bercahaya mendasari batu gua dengan pancaran cahaya berwarnawa­rni menampilka­n pemandanga­n ajaib.

11. Grotto Biru, Capri, Itali

Gua laut di Capri adalah salah satu tempat yang paling terkenal di pulau itu, umpama perairan biru kristal dengan refleksi cahaya perak.

Gua ini hanya boleh dikunjungi kapal kecil memandangk­an pintu masuknya agak sempit sehingga pengunjung diminta berbaring ketika bot itu berjalan di dalam gua.

Rasai cabaran dan pengalaman unik ini ketika berkunjung ke gua istimewa ini.

12. Hang Son Doong, Vietnam

Dengan ketinggian 200 meter (m) dan panjang lima kilometer (km), Gua Hang Son Doong adalah gua terbesar di dunia. Malah ia cukup luas kerana meliputi sungai dan laluan hutan.

Bagaimanap­un, untuk sampai ke sini, ia bukan sesuatu yang mudah kerana ada pengembara yang perlu menunggu sehingga dua tahun untuk merasai kelainanny­a. Ada senarai menunggu yang perlu dipatuhi untuk melawat gua istimewa ini.

Membentuk dataran panjang, batu berbumbung dan aliran air dengan warna biru pekat bersih, sememangny­a apa sahaja sudut kamera, ia pasti sempurna untuk disimpan kemas dalam album gambar anda.

 ??  ?? Gua Es Eisriesenw­elt
Gua Es Eisriesenw­elt
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia