Berita Harian

Ma memukau Pos Tuel

Perkampung­an Orang Asli cetus pengalaman berbeza buat warga kota

-

sjid ar As Sidiq aru ini berdebar encang g dinaiki tajam gaung. masjid el, beberapa gram itu masak r bersama pat. arelawan lain di sungai anak dan reka pulang n kenderaan da.

angkan

di Kampung g cukup engan erlatar belakangka­n gununggana­ng tersergam gagah.

Kebanyakan penduduk berada di dalam rumah mungkin kerana letih berpuasa dan beberapa wanita kelihatan sedang berkumpul sambil menyisir rambut sesama mereka.

Melihat orang asing datang, mereka segera berlari ke dalam rumah kerana malu atau memakai tudung sebelum keluar semula.

Penulis mendekati sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain lompat getah di kawasan lapang di tengah kampung berkenaan.

Awalnya masing-masing cuba melarikan diri tetapi selepas dipanggil, mereka menjawab mesra apabila ditanya nama masing-masing.

Mereka juga teruja apabila gambar mereka bermain sambil bernyanyi lagu dalam bahasa suku Temiar dirakam jurugambar, Rosela Ismail yang turut bersama penulis bagi program ini.

“Mak cik ada telekung?” itu antara soalan yang dilemparka­n oleh seorang kanakkanak dikenali sebagai Idayu yang berusia enam tahun.

Ternyata kanak-kanak ini teruja ke masjid untuk berbuka puasa dan bersolat tarawih bersama rombongan kami, termasuk dari Masjid Salak Tinggi, Malaysian

Relief Agency (MRA) Perak, Universiti Malaya dan Universiti Kuala Lumpur, Perak.

Terleka keindahan kampung

Lebih membuatkan mereka tidak sabar untuk ke masjid yang terletak tidak jauh dari kawasan kediaman itu, apabila dimaklumka­n ada pertunjuka­n bunga api usai berbuka puasa nanti.

Ngeri apabila melihat beberapa kanak-kanak lelaki berusia lima dan enam tahun memanjat tiang besi sambil duduk bersantai menikmati keindahan kampung mereka.

Bagaimanap­un, itu adalah perkara biasa yang dilalui kanak-kanak di situ yang bebas bermain apa saja di sekeliling mereka, tidak seperti kanak-kanak bandar yang sibuk dengan gajet dan telefon bimbit masing-masing.

Perkampung­an Orang Asli dari suku Temiar ini ternyata belum dinodai dengan sebarang pencemaran, terutama persekitar­an sosial dan alam semula jadi.

Dua cabang sungai mengalir di kiri dan kanan kampung ini dikenali sebagai Sungai Ber dan Tuel, cukup jernih, menjadi tumpuan pengunjung ke kampung ini untuk mandi manda.

Jeram dengan air deras yang mengalir di celah batu-batu besar membentuk ‘jakuzi’ semula jadi yang memberi kesan urutan melegakan belakang tubuh.

Biarpun sekadar mencelupka­n kaki di dalam air yang dingin sambil duduk di atas batu, bunyi deras air mengalir atau berjalan di atas batubatu sungai, sudah cukup melenyapka­n segala tekanan.

“Kalau hendak mandi lebih baik ke Air Terjun Ber kerana lebih cantik,” kata seorang sukarelawa­n yang sudah dua tahun berturuttu­rut datang ke kampung ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia