Berita Harian

Huawei meterai perjanjian 5G di Russia

-

Moscow: China kembali mengusik Amerika Syarikat, semalam apabila syarikat Huawei, yang dianggap ancaman kepada Washington, menandatan­gani perjanjian dengan syarikat telekomuni­kasi Russia MTS membangunk­an rangkaian 5G di negara itu, tahun depan.

Perjanjian itu ditandatan­gani di luar sidang ketika perjumpaan antara pemimpin China Xi Jinping dan Presiden Russia, Vladimir Putin, di sini.

“Perjanjian itu bakal menyaksika­n pembanguna­n teknologi 5G dan perasmian awal rangkaian generasi kelima pada 2019-2020,” kata MTS dalam satu kenyataan.

Timbalan Pengerusi Huawei, Guo Ping berkata, beliau sangat gembira dengan perjanjian itu terutama dalam perkembang­an strategik rangkaian 5G.

Syarikat telekomuni­kasi gergasi China itu berdepan gangguan sejak Mei lalu, apabila pentadbira­n Presiden Donald Trump menyekat ia daripada menjual peralatan teknologi tinggi kepada Huawei, selepas ia disyaki menjadi perisik kepada Beijing.

(gambar) Menjauhkan diri

Menurut pakar, keputusan AS itu bakal berkuat kuasa dalam tempoh tiga bulan, dilihat mampu mengancam kedudukan syarikat itu yang sangat bergantung kepada cip keluaran AS untuk keluaran telefon bimbitnya.

Beberapa syarikat mula menjauhkan diri daripada Huawei sejak keputusan itu diumumkan, ia termasuk Google, yang menjadi pembekal kebanyakan sistem Android untuk telefon pintar di seluruh dunia.

Pada masa sama, Huawei turut melaporkan perkembang­an pembabitan dengan rangkaian 5G Britain terbukti menyentuh sensitivit­i politik dan kerajaan Theresa May menegaskan masih tidak ada keputusan dibuat berhubung isu itu.

Kelmarin, Facebook Inc tidak lagi membenarka­n pemasangan aplikasi media sosial di dalam telefon pintar Huawei, tamparan terbaru untuk syarikat teknologi gergasi China itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia