Berita Harian

Filipina tolak cadangan siasatan bebas pakar PBB

-

Manila: Filipina menolak saranan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk melancarka­n siasatan bebas berhubung pelanggara­n hak asasi manusia, malah menyifatka­n ia sebagai campur tangan luar terhadap hal ehwal dalaman rantau Asia Tenggara.

Pakar hak asasi PBB mencadangk­an agar Majlis Hak Asasi Manusia PBB menyiasat jumlah kematian yang menyalahi undang-undang dan pembunuhan yang dilakukan polis dalam konteks perang yang dikenali sebagai perang dadah serta pembunuhan pembela hak asasi manusia.

“Saranan 11 pelapor khas PBB untuk melakukan siasatan antarabang­sa terhadap Filipina bukan saja mencabar secara intelektua­l tetapi ia adalah campur tangan terhadap kedaulatan Filipina,” kata jurucakap Presiden Duterte Rodrigo, iaitu Salvador Panelo dalam satu kenyataan.

Fakta berat sebelah

Panelo menuduh pakar PBB ‘menjaja’ fakta berat sebelah dan palsu sematamata untuk memburukka­n pihak berkuasa.

Katanya, mereka yang menentang kempen presiden membasmi dadah dan hak asasi manusia sudah ditolak oleh pengundi Filipina.

Semua 11 pakar PBB adalah penyiasat bebas dan suara mereka tidak mewakili PBB, termasuk pelapor khusus ringkasan atau pembunuhan yang tidak diadili, Agnes Callamard.

Duterte mengarahka­n tindakan keras terhadap pesalah narkotik dilakukan hingga menyebabka­n polis membunuh lebih daripada 5,300 pengedar dan penagih dadah yang disyaki sejak beliau memerintah tiga tahun lalu.

Menurut kumpulan hak asasi manusia angka kematian sebenar tiga kali ganda lebih tinggi berbanding apa yang diisytihar­kan kerajaan.

 ?? [REUTERS] ?? Angka kerajaan mengenai jumlah orang yang dibunuh oleh polis secara luas dipertikai­kan.
[REUTERS] Angka kerajaan mengenai jumlah orang yang dibunuh oleh polis secara luas dipertikai­kan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia