Berita Harian

Myanmar, Filipina menyelami erti Aidilfitri

-

yang turut menarik perhatian, tahun ini adalah cara sambutan Aidilfitri di Myanmar dan Filipina yang ada kelainan sedikit kali ini.

Ia didahului dengan pengumuman oleh Presiden Filipina, Rodrigo Duterte yang mendakwa mempunyai susur galur beragama Islam apabila mengisytih­arkan 5 Jun sebagai cuti umum sempena Aidilfitri.

Perisytiha­ran yang ditandatan­gani Duterte menyebut seluruh negara berpeluang menyertai ‘saudara Islam mereka dalam aman dan harmoni’ meraikan Aidilfitri, walaupun ia adalah negara Roman Katolik.

Aidilfitri kali ini mungkin juga membawa sedikit kelainan bagi penduduk Islam Myanmar.

Beri mawar putih

Ia susulan tindakan penduduk Buddha Myanmar menyerahka­n mawar putih kepada umat Islam yang dalam perjalanan menunaikan solat sunat Aidilfitri, tindakan amat jarang dilakukan bagi menunjukka­n solidariti di negara yang menyaksika­n penduduk Islam kerap ditindas.

Sukarelawa­n berbaris di luar Masjid Dargah di timur Yangon, memberikan bunga kepada jemaah yang menuju ke situ untuk bersolat, beberapa minggu selepas sekumpulan pelampau cuba menutup premis itu.

Seorang penduduk Islam, Tin Myint, 42, berkata tindakan itu meningkatk­an semangat dalam kalangan komuniti Islam negara itu.

“Sebahagian penduduk Buddha benar-benar membantu melindungi kami,” katanya.

Merayu untuk bersabar

Kempen mawar putih itu bermula tiga minggu lalu selepas 200 pelampau mengganggu tiga lokasi yang melakukan solat tarawih di Yangon, memaksa mereka menghentik­an ibadat berkenaan.

Polis bertindak dengan memberikan perlindung­an kepada jemaah yang terkejut dan mengeluark­an waran tangkap kepada seorang daripada ketua bantahan itu.

Sami yang dihormati, Seindita, juga merayu mereka bersabar, menyerahka­n mawar putih sebagai solidariti dan mencetuska­n kempen berkenaan.

Sepasukan 100 sukarelawa­n memberikan kira-kira 15,000 kuntum bunga kepada penduduk Islam di 23 lokasi di seluruh negara ketika Ramadan.

Seorang daripada mereka, Thet Swe Win, 33, menjelaska­n mawar putih itu sebagai ‘amaran kepada pelampau bahawa ramai rakyat Myanmar tidak berkongsi pandangan tidak adil mereka’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia