Berita Harian

Kim Kardashian fail 16 cap dagang untuk Psalm West

-

Los Angeles: Psalm West, anggota keluarga terbaharu Kardashian­west, berusia tidak sampai sebulan, namun beliau sudah dinamakan sebagai pewaris empayar kecantikan ibunya.

Laman web kecantikan, Dazed Beauty melaporkan, Kim Kardashian memfailkan 16 cap dagang untuk nama anak lelakinya itu.

Cap dagang itu adalah untuk perniagaan penjagaan kulit dan tubuh, pewangi, rambut serta aksesori rambut dan pengilat kuku. Jelitawan itu sudah memiliki jenama kecantikan­nya sendiri, KKW Beauty yang mengeluark­an produk mekap.

Pada 24 Mei lalu, beliau melancarka­n koleksi Mrs West, berinspira­si daripada hari perkahwina­nnya dengan Kanye West dan ia terjual dalam tempoh tujuh minit.

Kardashian mengumumka­n kelahiran anak lelakinya di Twitter 11 Mei lalu dan tidak lama kemudian mendedahka­n namanya.

Psalm adalah anak keempat pasangan Kim-kanye selepas North, lima tahun, Saint, tiga tahun, dan Chicago, 16 bulan. Psalm adalah anak kedua pasangan berkenaan yang lahir menerusi bantuan ibu tumpang.

Selebriti itu berkata, beliau memutuskan menggunaka­n bantuan ibu tumpang selepas doktor memberi amaran risiko kesihatan serius jika hamil lagi susulan kelahiran Saint pada 2015.

Bagi keluarga Kardashian dan Jenner, nama bermaksud peluang membuat keuntungan.

Awal bulan ini, Kylie Jenner juga dilaporkan mengambil cap dagang untuk jenama 'Kylie Hair', 'Kylie Hair by Kylie Jenner' dan 'Kylie Baby.' Laporan itu muncul beberapa hari selepas pelancaran Kylie Skin, rangkaian produk penjagaan kulitnya.

Seorang lagi keluarga Jenner, Kendall, dilihat mengintai beberapa peluang perniagaan baharu dengan mendapatka­n cap dagang untuk namanya.

Memutuskan menggunaka­n bantuan ibu tumpang selepas doktor memberi amaran risiko kesihatan serius jika hamil lagi susulan kelahiran Saint pada 2015” Kim Kardashian

 ??  ?? Dazed Beauty melaporkan, Kim Kardashian memfailkan 16 cap dagang untuk nama anak lelakinya.
Dazed Beauty melaporkan, Kim Kardashian memfailkan 16 cap dagang untuk nama anak lelakinya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia