Berita Harian

Misi popularkan NS

- Oleh Hidayah Mohammad hid_mohd@bh.com.my

Hazlinda jadikan daki gunung sebagai aktiviti lasak seisi keluarga

Minat mendaki gunung bersama keluarga, termasuk anak kecil menjadikan ia sebagai aktiviti lasak paling menarik kerana dapat membentuk jati diri, semangat dan sedia berdepan dengan pelbagai cabaran.

Lantas bagi setiausaha sebuah syarikat swasta, Hazlinda Isa,

43, kepuasan dan keterujaan mendaki bukit serta gunung yang turut disertai oleh suami dan empat anaknya menjadikan aktiviti yang menyeronok­kan.

Setiap kali mendaki bukit atau gunung, anak kelahiran Jelebu, Negeri Sembilan ini tidak sabar untuk sampai ke puncak yang lazimnya menjadi matlamat utama setiap pendakian.

Katanya, biarpun penat menjelajah hutan dengan mendaki cerun bukit yang berliku, namun semuanya hilang sebaik sampai ke puncak yang menyajikan pemandanga­n indah dan menakjubka­n.

Suaminya, Mohd Razainor Hisham yang juga pendaki dan jurugambar ekstrem turut memperkena­lkan aktiviti pendakian kepada empat anaknya seawal usia setahun lagi.

“Sejak berkahwin saya jarang meninggalk­an anak di rumah walaupun ada pembantu yang boleh menjaga mereka, Jika mendaki bukit dan berkhemah, saya akan bawa anak.

“Ramai berpendapa­t aktiviti lasak tidak sesuai membawa anak kecil, tetapi bagi saya ia bagus untuk mendedahka­n dengan alam semula jadi. Walaupun memang perlu lalui pelbagai cabaran sehingga ke destinasi ditujui,” katanya.

Dedahkan anak mendaki

Beliau berkata, cuaca sejuk, udara nipis, trek yang mencabar dan perjalanan berjam-jam membuatkan anak-anak kadang kala merengek dan menangis kerana tidak larat untuk meneruskan pendakian.

“Pernah beberapa kali mereka hilang semangat dan kurang tidur. Ada yang mula menangis kerana rasa sesak nafas dan kepala mula sakit. Tetapi saya dan suami memujuk mereka dan mengajar langkah berjalan perlahan dengan betul.

“Setiap 10 minit, saya akan beri mereka minum air yang banyak. Kaedah itu sedikit sebanyak membantu semula pernafasan mereka.

“Dulu, ketika anak kecil, saya biarkan mereka berdikari, berjalan dan memanjat sendiri tetapi jika sudah betul-betul tidak larat, saya dan suami akan bergilir-gilir dukung sambil mendaki,” katanya.

Hazlinda berkata, sebagai permulaan bagi aktiviti itu, beliau mendaki beberapa bukit seperti Bukit Saga, Bukit Broga, Bukit Sawa dan Bukit Serting.

Rentang bendera di puncak gunung

Melangkah lebih jauh, Hazlinda semakin aktif dan mendaki gunung antaranya Gunung Datuk, Gunung Angsi, Gunung Telapak Buruk, Gunung Berembun, Gunung Besar

Hantu, Gunung Brinchang Barat, Gunung Kinabalu, Gunung

Irau, Gunung Pine Tree.

Terbaru beliau bersama dua anak serta 15 teman yang juga anak jati Negeri Sembilan, Hazlinda mendaki Gunung Kinabalu dengan membawa misi utama untuk merentang bendera Negeri Sembilan bersaiz sembilan meter di puncak gunung berkenaan.

Idea bertujuan memperkena­lkan dan mempopular­kan Negeri Sembilan kepada pelancong dari luar negara.

“Saya sudah merentangk­an bendera negeri di Annapurna Base Camp, Everest Base Camp (EBC) dan Puncak Gunung

Angsi, Seremban,” katanya

Menceritak­an pengalaman mengembara ke gunung popular di negeri Di Bawah Bayu, baru- baru ini, beliau berkata pendakian mengambil masa lapan jam bermula dari Timpohon Gata hingga ke Panalaban.

Sebaik sampai ke lokasi perhentian itu, beliau dan pendaki lain berehat untuk mendapatka­n semula tenaga sebelum memulakan semula pendakian pada jam 3 pagi menuju ke Sayat 2 dan sampai ke puncak gunung sekitar jam 7 pagi.

“Setiap kali mendaki di Gunung Kinabalu saya lalui pengalaman yang berbeza.

Pahit manis sepanjang pendakian saya dihayati walaupun cabaran semakin getir apabila hampir mendekati puncak.

“Walaupun tiada pengalaman buruk sepanjang pengembara­an itu, antara peristiwa yang tidak dapat dilupakan ialah ketika kali pertama mendaki bersama suami. Memang seronok kerana saya dapat belajar banyak perkara dari suami dan dia mengambil gambar yang menarik sepanjang pendakian.

“Ketika perjalanan, kami sampai di air terjun dipanggil Carson Waterfall. Air terjun ini sangat cantik tapi pendaki tidak dibenarkan mandi atau berdiri berhampira­nnya bagi menjaga dari berlaku pencemaran.

“Saya bersyukur kerana setiap kali pendakian Allah memberi keizinan kepada saya dengan pemandanga­n yang menakjubka­n,” katanya.

Minat mendalam

Beliau yang sudah lima kali mendaki Gunung Kinabalu berkata, kenangan kali pertama ke puncak itu pada 2001 memang tidak dapat dilupakan di situ beliau memahami mengenai keperluan mendaki seperti menyediaka­n pakaian sesuai untuk mengelak cuaca sejuk.

“Jadi, banyak yang saya pelajari sejak kali pertama mendaki iaitu pemakaian yang tepat dan tebal serta membawa kelengkapa­n cukup. Persediaan mental dan fizikal serta stamina yang cukup amat penting bagi melancarka­n perjalanan.

“Menempuh suhu sejuk antara empat hingga enam darjah Celsius dan kekurangan oksigen ketika berada pada tempat tinggi dan sistem pernafasan betul, umpamanya memerlukan pengetahua­n cara mengendali­kannya,” katanya.

Beliau berkata, aktiviti mendaki tidak akan pernah habis bagi memenuhi minat mendalam dalam aktiviti itu.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Hazlinda bersama dua anak menyertai program mendaki puncak Gunung Kinabalu (GK) dan merentangk­an bendera Negeri Sembilan.
Hazlinda bersama dua anak menyertai program mendaki puncak Gunung Kinabalu (GK) dan merentangk­an bendera Negeri Sembilan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia