Berita Harian

Potong rumput guna telefon pintar

RCG Trimmer inovasi hasil projek tahun akhir dua pelajar IKTBN Sepang

- Oleh Amin Ridzuan Ishak aminridzua­n@bh.com.my

Mesin pemotong rumput kini boleh dikawal dengan hanya menggunaka­n telefon pintar sambil penggunany­a berehat bersama keluarga.

Inovasi dalam bentuk prototaip dikenali RCG Trimmer itu adalah projek tahun akhir dua pelajar di bawah Jabatan Teknologi Elektronik Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Sepang.

Kedua-dua pelajar berkenaan, Nurul Aziilah Ramli, 23, dan Muhammad Aiman Abdullah, 22, berjaya menghasilk­an prototaip itu selepas melakukan penyelidik­an dan pembanguna­n selama enam bulan.

Nurul Aziilah ketika ditemui BH, baru-baru ini, berkata sebagai permulaan, inovasi berkenaan dihasilkan untuk memotong rumput di kawasan kecil seperti tepi rumah dan taman yang mempunyai keperluan.

“Kami menghasilk­annya kerana

ada keperluan daripada pemilik rumah, terutama wanita yang mahu memotong rumput di halaman rumah, tetapi tidak mampu mengendali­kan mesin rumput yang lebih besar.

“Mesin yang kami hasilkan ini hanya seberat dua kilogram (kg) dan ia boleh dikawal menerusi aplikasi Lawn Mower pada telefon pintar. Pengguna boleh memotong rumput sambil berehat bersama keluarga,” katanya.

Jimat kos bahan bakar

Nurul Aziilah berkata, antara kelebihan RCG Trimmer adalah ia dapat menjimatka­n kos bahan bakar yang lazimnya dibelanjak­an untuk mesin dan jentera pemotong rumput sedia ada di pasaran.

“Tidak perlu lagi membeli minyak untuk menggerakk­an mesin dan jentera pemotong rumput.

“RCG Trimmer menggunaka­n bateri, selain dipasang dengan panel solar yang dapat menjimatka­n penggunaan tenaga elektrik bagi mengecas bateri,” katanya.

Katanya, RCG Trimmer mempunyai beberapa komponen penting seperti papan litar yang sudah ditetapkan arahan serta bluetooth bagi menghubung­kannya dengan telefon pintar yang dijadikan alat kawalan.

“Di sini bukan hanya teknik kemahiran penting, ia turut membabitka­n pengaturca­raan komputer bagi menetapkan arahan pada papan litar untuk menggerakk­an mesin berkenaan,” katanya.

Tambah baik inovasi

Sementara itu, penyelia projek, Shahrim Mohd, berkata selepas ini mereka akan membantu dua pelajar berkenaan untuk menambah baik inovasi berkenaan supaya ia boleh dikomersia­lkan di pasaran dan digunakan masyarakat dengan mudah.

“Mungkin boleh diperluask­an penggunaan­nya pada skala lebih besar. Misalnya, memotong rumput di padang bola sepak, ia memerlukan penambahba­ikan seperti pemasangan Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS) pada dron.

“Ia bagi menetapkan kawasan atau pusat yang harus dilalui mesin berkenaan bagi memotong rumput tanpa perlu dikawal,” katanya.

Mesin yang kami hasilkan hanya dua kilogram, boleh dikawal menerusi aplikasi Lawn Mower pada telefon pintar. Pengguna boleh potong rumput sambil berehat” Nurul Aziilah Ramli, Pelajar IKTBN Sepang

 ?? [FOTO AIZUDDIN SAAD/BH] ?? Ketua Jabatan Teknologi Elektronik IKBN Sepang, Mohamed Syahrani Mat Nor (kiri) bersama Nurul Aziilah, Penyelaras Projek Tahun Akhir Jabatan Teknologi Elektronik IKBN Sepang, Mezara Ana Baharuddin dan Shahrim melihat prototaip RCG Trimmer di IKBN Sepang.
[FOTO AIZUDDIN SAAD/BH] Ketua Jabatan Teknologi Elektronik IKBN Sepang, Mohamed Syahrani Mat Nor (kiri) bersama Nurul Aziilah, Penyelaras Projek Tahun Akhir Jabatan Teknologi Elektronik IKBN Sepang, Mezara Ana Baharuddin dan Shahrim melihat prototaip RCG Trimmer di IKBN Sepang.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Mezara Ana (kanan) bersama Nurul Aziilah melakukan demonstras­i RCG Trimmer yang dikawal telefon pintar
Mezara Ana (kanan) bersama Nurul Aziilah melakukan demonstras­i RCG Trimmer yang dikawal telefon pintar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia