Berita Harian

Ahmad kesal menantu gantung anak tak bertali

-

bapa Siti Fatimah, Ahmad Daud, berkata memandangk­an tiada tempat bergantung dan tidak diendahkan suami, beliau mengambil alih semua tugas menyara kehidupan anak dan cucunya.

Namun, dengan pencen yang tidak seberapa dengan kehidupan di ibu kota, serba serbi mahal dan mencabar, maka perbelanja­an perlu dikawal dengan membeli keperluan utama sahaja.

“Saya bersyukur kerana cucu tidak banyak meminta dan mereka memahami situasi yang melanda. Tetapi, sebagai datuk yang menyara mereka pasti mahu melihat mereka tersenyum dapat meraikan raya dengan penuh meriah.

“Sejak anak saya ditinggalk­an gantung tak bertali, setiap kali raya saya bawa mereka pulang ke desa di Kampung Baling, Kuala Pegang, Kedah beraya bersama moyang mereka yang sudah berusia 90 tahun.

“Sekurang-kurangnya dengan suasana beraya di kampung yang selalunya meriah dengan kawan dan makanan dapat menggembir­akan mereka,” katanya.

Sering doa menantu pulang

Beliau yang mempunyai 39 cucu ini, kecewa dan sedih dengan sikap menantunya yang tidak bertanggun­gjawab meninggalk­an isteri dan anak begitu sahaja.

Tidak lekang dari bibirnya menitipkan doa dalam setiap solatnya dengan hati penuh mengharap supaya menantunya yang dikatakan bekerja sebagai pembantu peribadi kepada orang kenamaan supaya pulang ke pangkuan keluarga pada hari raya kali ini dan dapat bersatu semula menjalani kehidupan dengan lebih baik.

“Saya tidak akan berhenti berdoa dan memohon supaya dia datang beraya tahun ini bagi mengeratka­n semula hubungan silaturahi­m dengan isteri dan anaknya.

“Dia tidak seharusnya membiarkan Siti Fatimah dalam keadaan begini. Jika ingin menceraika­nnya buat cara yang betul. Jangan tinggalkan anak saya terkontang-kanting,” katanya yang mempunyai 12 anak.

Ahmad berkata, sejak ditinggalk­an, Siti Fatimah kemurungan.

“Dia pernah keluar rumah berjalan kaki ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan berlegar di sekitar ibu kota ketika hilang selama dua minggu, pada Mac lalu.

“Agak sukar saya meninggalk­an mereka di rumah, tambah pula saya perlu pulang ke kampung di Kedah setiap 15 hari untuk menjaga ibu yang sakit sedangkan anak dan cucu saya di sini pula perlukan perhatian rapi,” katanya.

Ayah menjaga kami dan melengkapk­an perbelanja­an harian, termasuk keperluan hari raya anak. Saya mohon suami kembali ke pangkuan keluarga dan menjalani kehidupan bersama seperti dahulu” Siti Fatimah Ahmad, Suri rumah

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia