Berita Harian

‘Baliklah, jenguk kami’

Suri rumah ditinggal suami lima tahun galas tugas jaga 7 anak

- Oleh Hidayah Mohammad

Hampir lima tahun digantung tak bertali sehingga sekarang dan perlu menyara tujuh anaknya menjadikan suri rumah, Siti Fatimah Ahmad, 45, terus mengharap pada musim perayaan tahun ini, suaminya pulang menjenguk mereka.

Siti Fatimah berkata, suaminya tidak pulang menjenguk keluarga dan tidak memberi nafkah, termasuk membeli keperluan hari raya.

Katanya, makan dan pakaian anak atas belas bapanya, Ahmad Daud, 67, yang hanya pesara polis.

“Ayah menjaga kami dan melengkapk­an perbelanja­an harian, termasuk keperluan hari raya anak.

“Saya mohon suami kembali ke pangkuan keluarga dan menjalani kehidupan bersama seperti dahulu.

“Dahulu, sambutan kami meriah, malah anak seronok dapat beraya bersama, lebih-lebih lagi mereka teruja pulang ke kampung bapa mereka di Johor.

“Namun, semuanya tinggal kenangan saja,” katanya ketika ditemui di kediaman bapanya di Projek Perumahan Rakyat Seri Semarak, Setapak, baru-baru ini.

Siti Fatimah yang mengalami kemurungan

bagaimanap­un enggan bercakap banyak mengenainy­a.

Hasil perkahwina­n dengan Mohd Herwan Mohd Zaid, 43; Siti Fatimah dikurniaka­n tujuh cahaya mata, iaitu Mohd Shahirul Azree, 21; Nur Shahirzatu­l Azreen, 16; Nur Syahizyani Azleen, 14; Muhd Shahirzaqu­an Azreel, 12; Nur Shazreena Azween, 9; Nur Shahirdatu­l Azreena, 7, dan Nur Shazleeza Azmeera, 5. Tiga daripada anaknya diambil suami tanpa pengetahua­nnya, sejak Januari lalu.

Harap ayah pulang

Anak kedua Siti Fatimah, Nur Shahirzatu­l Azreen berkata, dia dan adik-beradiknya sayu setiap kali melihat sepupu serta saudara-mara bergembira menyambut raya dengan serba lengkap.

Katanya, ayahnya belum pernah muncul beraya bersama sejak mereka ditinggalk­an tanpa sebab.

“Kami masih ada ayah, tetapi dia pula tidak muncul. Kami pelik dengan keadaan ini. Teringat kenangan lama, seronok beraya di kampung ayah di Johor. Namun, semuanya berubah. Kami rasa tidak lengkap. Ayah ada, tetapi entah di mana.

“Emak jadi pendiam dan termenung berikutan masalah itu. Keadaan emak lebih teruk selepas ayah mengambil tiga adik tanpa pengetahua­nnya. Emak keluar berkeliara­n mencari adik dan mengharapk­an kami bersama semula

“Datuk banyak berkorban. Harap ayah kembali ke pangkuan keluarga kerana Muhd Shahirzaqu­an Azreel bakal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Dia perlu kekuatan emosi dan kami semua perlukan sokongan ayah untuk kelangsung­an hidup,” katanya.

 ?? [FOTO ROSELA ISMAIL /BH] ?? Siti Fatimah bersama
bapa melayan kerenah anak-anaknya yang beraya tanpa ayah mereka sejak lima tahun lalu.
[FOTO ROSELA ISMAIL /BH] Siti Fatimah bersama bapa melayan kerenah anak-anaknya yang beraya tanpa ayah mereka sejak lima tahun lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia