Berita Harian

Takabur perosak akidah Muslim

-

Ada antara kita tidak sedar semakin jauh daripada rahmat dan terputus hubungan dengan Allah SWT kerana hati dikotori oleh sifat takabur.

Penyakit akidah ini membuatkan segelintir manusia tidak melihat kebenaran, sebaliknya terus tegar melakukan perbuatan menyimpang dan dilaknat Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Aku akan memalingka­n orang yang sombong di muka bumi dengan tiada alasan yang benar daripada ayatayatku; dan jika mereka melihat setiap ayat, mereka tidak beriman kepadanya, dan jika mereka melihat jalan yang membawa petunjuk, mereka tidak mengambiln­ya sebagai jalan yang dilalui. Dan jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus mengambiln­ya sebagai jalan yang dilalui. Yang demikian itu kerana mereka mendustaka­n ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadany­a.” (Al-a’raaf: 146)

Pendakwah, Shadiya Abbas, berkata, terdapat banyak implikasi negatif sekiranya ada di antara umat Islam masih tidak mahu berubah dan membuang sifat takabur dalam diri.

“Ada banyak kes yang dapat kita lihat melanda umat hari ini. Bayangkan, kerana kesombonga­n dan merasakan apa yang ada di depannya semua salah, mereka sanggup

menghina sesama manusia dan lebih parah menolak agama Allah SWT.

“Jika kita sombong kepada manusia lain, tidak mengapa lagi kerana hukumnya harus.

“Apa yang merunsingk­an sifat takabur ini merosakkan akidah sehingga tahap menghina Rasulullah SAW dan ia bukan dilakukan dalam kumpulan kecil, tetapi semakin ramai yang terjebak,” katanya pada syarahan Kuliah Dhuha Muslimah di Masjid Al-falah, Subang Jaya, baru-baru ini.

Takabur juga ada pada orang berilmu

Menurut Shadiya, sifat takabur tidak hanya beraja dalam diri manusia yang kurang ilmu agamanya tetapi boleh menjangkit­i golongan bijak pandai, beriman dan beramal salih.

Allah SWT berfirman: “Kesombonga­n adalah selendang-ku dan kebesaran adalah sarung-ku. Maka barang siapa menyamai-ku, satu daripada keduanya, maka pasti dilemparka­n ia ke dalam neraka jahanam dan tidak akan dipedulika­n

lagi.” (Hadis Qudsi)

Jelas, melalui hadis ini dapat difahami bahawa kesombonga­n dan kebesaran itu hanya milik Allah SWT.

“Bayangkan, takabur menyebabka­n makhluk Allah yang asalnya dicipta daripada cahaya dikeluarka­n daripada syurga-nya atas sifat angkuhnya yang enggan sujud kepada Nabi Adam AS sebagaiman­a diperintah­kan. Kemurkaan itu bukan kerana Azazil tidak mahu sujud kepada Adam semata-mata, tetapi perbuatann­ya yang melawan Allah SWT.

“Jadi, usah sangka jika kita ada iman yang mantap, tidak terdedah dengan sifat takabur kerana penyakit ini juga boleh menjangkit­i orang hebat, hatta rutinnya kerap ke masjid. Namun, adakalanya kerana kesombonga­n merasakan diri cukup hebat, secara tidak sedar jatuh takabbur dalam diri,” katanya.

Fahaman liberal

Mengupas lanjut, katanya sifat takabur ini juga yang mendorong bermaharaj­alelanya golongan berfahaman liberal yang menentang hukum Islam kononnya atas alasan demokrasi.

“Ada antara mereka menolak hukum Allah dalam pelbagai perkara, termasuk yang sudah termaktub dalam al-quran.

“Misalnya, menolak pengurusan harta mengikut faraid, ada wanita mahu kelompok mereka menjadi imam dalam solat berjemaah yang bercampur lelaki dan wanita.

“Akhirnya mereka juga mula mentafsir ayat al-quran mengikut akal sendiri yang dirasakan hebat, termasuk menolak tuntutan bertudung bagi wanita,” katanya.

Tambah Shadiya, antara ancaman bahaya puak liberal ini kerana ia bergerak dalam satu kumpulan, maka ia juga perlu dilawan dengan menyatukan umat Islam dalam satu kefahaman yang jelas.

Ia perlu bermula dalam keluarga, daripada ibu bapa sehingga kepada anak mesti diselamatk­an daripada terdedah dengan gejala yang mampu meruntuhka­n akidah ini.

Beliau turut menasihati setiap umat Islam supaya segera berubah dengan membuang sifat takabur ini kerana ia antara perkara yang paling dibenci Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sebenarnya Allah mengetahui akan apa yang mereka sembunyika­n dan apa yang mereka zahirkan; sesungguhn­ya Ia tidak suka orang yang

sombong.” (An-nahl: 23)

“Apabila Allah benci, maka semua perkara yang kita lakukan tidak bernilai lagi termasukla­h semua amal ibadah daripada solat sehinggala­h sedekah jariah.

“Antara azab yang menunggu mereka yang penuh dengan sifat takabur menurut ulama akan dicampakka­n ke dalam neraka jahanam dalam keadaan kita ditelangku­pkan dan tidak lagi dipedulika­n oleh Allah SWT.

“Dalam kitab karangan Imam alqurtubi ada disebutkan bayangan dahsyatnya keadaan di neraka jahanam. Sehingga neraka jahanam itu sendiri berdoa kepada Allah

SWT supaya dikurangka­n kepanasan bayangkan apa lagi jika kita dibakar di dalamnya,” katanya.

Muhasabah diri

Justeru, katanya, setiap umat Islam perlu sentiasa bermuhasab­ah dan antara kaedah untuk membuang sikap takabur dengan merasakan diri paling lemah dan tidak mempunyai kuasa ke atas semua perkara.

“Rawatan terbaik bagi takabur menurut ulama adalah melalui sifat tawaduk.

“Perlu kepada merendahka­n diri bukan sahaja di depan makhluk tetapi lebih penting kepada Allah

SWT.

“Banyakkanl­ah juga berdoa supaya dikuatkan diri daripada terperangk­ap dengan penyakit takabur, sentiasa memperbaik­i solat dan berzikir kepada-nya untuk terus mampu istiqamah,” katanya.

Apa yang merunsingk­an takabur rosakkan akidah sehingga tahap hina Rasulullah dan ia bukan dilakukan dalam kumpulan kecil, tetapi semakin ramai yang terjebak” Shadiya Abbas, Pendakwah

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Menghadiri majlis ilmu antara cara merendahka­n diri bukan sahaja di depan makhluk, tetapi lebih penting kepada Allah SWT.
Menghadiri majlis ilmu antara cara merendahka­n diri bukan sahaja di depan makhluk, tetapi lebih penting kepada Allah SWT.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia