Berita Harian

Rai lebaran bersama insan tersayang

Aidilfitri bakat muda dunia nyanyian lebih bermakna di sisi keluarga

- Oleh Fatin Farhana Ariffin

Aidilfitri yang menjelma setahun sekali sememangny­a menjadi detik terbaik untuk mengeratka­n lagi silaturahi­m sesama anggota keluarga.

Selepas masing-masing sibuk dengan tugas dan aktiviti sendiri, hari raya kembali menemukan adikberadi­k, saudara-mara dan kenalan yang lama tidak bersua.

Bagi empat penyanyi muda naungan syarikat rakaman Warner Music, Andi Bernadee, Amir Hasan, Kucaimars dan Pasya Mentor, lebaran tidak syak menjadi ruang buat masing-masing merapatkan semula ikatan kekeluarga­an.

Dengan jadual seni yang semakin padat, Syawal menjadi detik bermakna untuk mereka bersalaman, bertanya khabar dan mengeratka­n

talian persaudara­an bersama insan tersayang.

Andi beli tiket lebih awal

Andi atau nama penuhnya Andi Azrul Andi Mapangile berkongsi cerita, pernah sekali dia tidak pulang ke Kota Kinabalu, Sabah, kerana harga tiket kapal terbang terlalu mahal.

Berikutan itu, dia hanya pulang ke kampung halaman pada hari raya kelima, selepas semua anggota keluarga selesai beraya.

“Ketika itu, saya hanya menyambut raya bersama beberapa abang saya di Kuala Lumpur. Mujur juga mereka ada, kalau tidak pastinya raya saya lebih membosanka­n. Iyalah, bayangkan pada hari raya pertama saya ke pusat beli-belah untuk mencari rendang. Mana ada rendang dijual di pusat beli-belah ketika itu?

“Memang lain rasanya apabila tidak dapat beraya dengan keluarga. Sekali itu sahaja saya beraya berasingan daripada mereka. Selepas itu, saya enggan lagi mengulangi kesilapan sama. Apa-apa pun, saya akan beli tiket lebih awal supaya dapat harga berbaloi,” katanya.

Andi yang kini popular dengan lagu Donde berkata, dia mengambil cuti lebih lama pada lebaran tahun ini untuk berehat dan menghabisk­an masa bersama keluarga.

“Bukan selalu saya dapat pulang ke sana, jadi inilah waktu untuk saya meluangkan masa bersama orang tua. Raya juga setahun sekali, jadi mengapa tidak saya mengambil cuti demi mereka? Sebelum ini, saya sibuk bekerja,” kata pemuda berusia 28 tahun ini.

Amir wajib pulang ke Pahang

Bagi Amir Hasan pula, dia mesti pulang ke kampung halamannya di Raub, Pahang, untuk meraikan

 ?? [ FOTO AZIAH AZMEE/BH ] Tuan By Tengku Kery, Riadz Arshad dan Jakel Malaysia. ??
[ FOTO AZIAH AZMEE/BH ] Tuan By Tengku Kery, Riadz Arshad dan Jakel Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia