Berita Harian

Tost sangkal dakwaan Hamilton

-

Montreal: “Pemandu lebih cergas dan sentiasa bersedia berbanding kebiasaan”, Itu kata bos pasukan Formula Satu (F1), sekali gus menafikan dakwaan Lewis Hamilton yang F1 kini secara fizikalnya lebih mudah sehinggaka­n ramai bakat muda mampu berlumba tanpa melakukan sebarang usaha gigih.

Hamilton yang semakin hampir untuk menyamai rekod Michael Schumacher di Grand Prix (GP) Kanada dengan tujuh kemenangan memberitah­u media yang pemandu seharusnya berasakan diri mereka seolah-olah sedang dalam larian maraton pada penghujung perlumbaan selain mengingatk­an betapa pemandu sebelum ini yang berasakan keletihan tidak akan keluar daripada kereta mereka.

“Kamu tidak boleh bandingkan masa ini dengan 20 atau 30 tahun yang lalu ketika Nelson Piquet dan Nigel Mansell ataupun sesiapapun hilang kecergasan selepas satu perlumbaan,” kata prinsipal pasukan Toro Rosso, Franz Tost.

“Mereka tidak melihat pusat kecergasan daripada aspek dalaman dan sesetengah daripada mereka turut menghisap rokok. Ini adalah realiti dan pada masa ini, kami mempunyai pemandu yang sangat bagus dalam Formula Satu.

Ada pelan nutrisi

“Daripada pendapat saya, tahap kecergasan pemandu pada ketika ini adalah sangat tinggi dan ini saya tidak pernah lihat dalam Formula Satu.

Tambah Tost, pemandu F1 juga sama seperti atlet lain, menaikkan tahap kecergasan mereka bagi mengurangk­an pelanggara­n dengan pemandu lain selain membolehka­n mereka mengekalka­n tahap tumpuan dan tindak balas untuk tempoh lama.

“Pemandu kami mempunyai pelan latihan fizikal yang khusus. Mereka mempunyai jurulatih sendiri, mereka juga mempunyai pelan nutrisi. Kawan kepada saya berkata, kamu tidak melihat sebarang pelanggara­n selepas perlumbaan bermula di selekoh pertama kerana mereka semua mampu mengawalny­a. Ini kerana tahap pemanduan mereka sangat tinggi, saya fikir paling tinggi yang pernah kita lihat dalam F1.”

Komen Hamilton pada Khamis lalu dilihat seakan ditujukan kepada pemandu muda F1 seperti George Russell (pasukan Williams), Alexander Albon (Toro Rosso) dan muka baharu (rookie) berusia 19 tahun, Lando Norris (Mclaren).

Norris dalam pada itu berkata: “Saya tidak tahu kenapa dia menyatakan perkara itu sekarang, dan tidak ketika dia baru sahaja memulakan (karier). REUTERS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia