Berita Harian

Misi emas Olimpik diteruskan

Manfaatkan pengalaman luas sebagai jurulatih untuk bimbing pemain baharu

- Oleh Helmi Talkah

Kuala Lumpur

Isepanjang 19 tahun bergelar pemain perseorang­an lelaki kebangsaan.

Justeru, bekas pemain negara, Roslin Hashim berkata Chong Wei wajar mempertimb­angkan kerjaya sebagai jurulatih badminton kebangsaan sekiranya dia membuat keputusan untuk bersara.

Katanya, pemenang perak Olimpik tiga kali itu adalah individu yang layak untuk tugas berkenaan dan percaya dia mampu memberikan impak yang besar dalam skuad kebangsaan khususnya acara perseorang­an lelaki.

“Dengan pengalaman yang dimilikiny­a, dia adalah individu paling layak dan tiada siapa boleh pertikaika­n. Yang paling penting kehadirann­ya mampu memberikan impak yang besar. “Acara perseorang­an lelaki negara ketika ini boleh dianggap dalam keadaan kritikal dan jika Chong Wei hadir sebagai jurulatih, mana tahu dia boleh mengubah situasi itu.

Jurulatih berkaliber

“Saya percaya dia boleh membentuk gandingan yang baik dengan barisan jurulatih sedia ada termasuk Datuk Misbun Sidek (ketua jurulatih perseorang­an lelaki negara).

“Apa pun, terserah pada Chong Wei bagi menentukan masa depannya,” kata Roslin kepada BH Sukan.

BH Sukan sebelum ini melaporkan Chong Wei yang juga pemenang pingat perak Olimpik tiga kali dijangka membuat pengumuman mengenai masa depan kerjayanya dalam masa terdekat.

Bagaimanap­un, pemain berusia 37 tahun itu menegaskan pengumuman mengenai perancanga­n masa depannya hanya akan dibuat sebaik dia mengadakan pertemuan dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan barisan jurulatih.

Mengenai kerjaya sebagai jurulatih, Roslin yang juga bekas pemain nombor satu dunia, berkata Chong Wei bagaimanap­un tetap perlu mendalami ilmu kejurulati­han biarpun dia memiliki pengalaman yang luas sebagai pemain.

“Walaupun dia pemain bertaraf dunia namun situasinya berbeza apabila bergelar jurulatih. Kalau dulu dia menerima arahan, namun sebagai jurulatih dia yang perlu beri arahan dan itu yang perlu dipelajari­nya.

“Jika dia ada ilmu sebagai jurulatih dan digabungka­n dengan pengalaman­nya sebagai pemain, saya percaya ia akan menjadikan dia jurulatih yang berkaliber,” kata Roslin. Bekas pemain negara

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia