Berita Harian

Folger tak sabar beraksi

-

Kuala Lumpur: Bekas pelumba MotoGP dari Jerman, Jonas Folger bakal menggantik­an sementara slot Khairul Idham Pawi dalam pasukan PETRONAS Sprinta Racing selepas penggantin­ya pada dua perlumbaan sebelum ini, Mattia Pasini patah tulang selangka ketika latihan motocross baru-baru ini.

Folger dijadual menggantik­an Khairul Idham untuk tiga pusingan dalam kelas Moto2 bermula di Grand Prix (GP) Catalunya pada 16 Jun, GP Belanda (30 Jun) dan perlumbaan di laman sendirinya GP Jerman, 7 Julai ini.

Pelumba ujian bagi pasukan Yamaha yang kali terakhir beraksi dalam kelas Motogp di GP Aragon 2017 itu mempunyai rekod cemerlang untuk saingan kelas pertengaha­n itu dengan meraih tiga kemenangan sejak 2014.

Banyak pengalaman

Malah sejak pembabitan awal kariernya bermula dari kelas 125cc, pelumba berusia 25 tahun itu sudah meraih lima kemenangan dan 24 kali penamat di pentas podium dengan kali terakhir di Sirkit Sachsenrin­g, Jerman - meraih penamat kedua dalam kelas Motogp di hadapan penyokong sendiri bersama pasukan Monster Yamaha Tech3.

Mengulas lanjut mengenai penyertaan Folger, Prinsipal Pasukan, Datuk Razlan Razali menganggap kehadiran pelumba itu bakal memberi elemen tambahan kepada pasukan bagi melonjakka­n program yang disediakan untuk kem Moto2 negara sebelum Khairul Idham kembali menduduki slot yang ditinggalk­annya.

“Kita semua tahu pengalaman dimiliki Jonas (Folger) dalam Motogp dan bersama Kalex (jentera), ia pastinya bakal membawa banyak manfaat kepada pasukan. “Kami mahu pasukan menjadi sekuat mungkin sebelum Khairul Idham kembali kerana dia memiliki potensi terbaik untuk seorang pelumba Malaysia dalam saingan Moto2. Kami sentiasa berhubung rapat dengan Khairul Idham bagi memastikan dia dapat kembali beraksi pada masa yang sepatutnya,” kata Razlan.

 ??  ?? Jonas Folger
Jonas Folger

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia