Berita Harian

Kaki Danial semakin beransur pulih

-

Kuala Lumpur: Selepas kira-kira 212 hari berada di wad, Danial Syahmi Ahmad Shahril dibenarkan keluar seketika untuk meraikan sambutan Aidilfitri bersama keluargany­a di Pulau Pinang.

Anak sulung daripada empat adik beradik itu tentunya akan menikmati tempoh seminggu bersama keluarga tercinta di kampung halamannya di Kampung Sungai Acheh selepas ditimpa kemalangan ngeri pada perlumbaan sokongan Grand Prix (GP) Malaysia, Asia Talent Cup, 4 November lalu.

Hingga kini, Danial yang hancur 10 sentimeter (sm) tulang betis kanannya disebabkan insiden itu hanya dua kali diberikan pelepasan keluar oleh Pusat Perubatan Sukan Kuala Lumpur (KLSMC) dengan kali pertama ketika Majlis Anugerah Sukan Permotoran PETRONAS SIC MAM, 13 Februari lalu.

Kaki Danial menunjukka­n pemulihan yang positif dan mengulas lanjut mengenainy­a, anak muda berusia 17 tahun itu berkata: Alhamdulil­lah, kaki semakin sembuh dan tulang juga semakin kuat. Saya mungkin akan menjalani beberapa pembedahan lagi selepas sambutan Aidilfitri nanti.

Kembali masuk wad

“Untuk Raya ini, saya balik ke Pulau Pinang dan saya dibenarkan keluar seminggu. Selepas itu, saya akan kembali memasuki wad kerana masih ada rawatan susulan. Saya juga mungkin menjalani dalam dua atau tiga lagi pembedahan.

“Tentunya saya gembira dapat pulang beraya di kampung. Walaupun sekejap tetapi saya amat gembira kerana dapat beraya bersama keluarga... tahun lalu juga saya tidak dapat beraya dengan keluarga.

Danial yang meminati masakan rendang berkata, dia berterima kasih kepada keluarga, Litar Antarabang­sa Sepang (SIC), Pengurus SIC Junior ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin dan penyokong kerana sering memberikan­nya kata semangat untuk mengharung­i tempoh pemulihan yang panjang ini.

“Saya tak tahu berapa lama lagi akan berada di sini, doktor mahu saya banyakkan berjalan untuk menguatkan tulang. Terima kasih kepada yang memberi sokongan, emak, ayah, abang Fahmi, keluarga dan semuanya,” kata Danial yang tidak melepaskan peluang untuk menyaksika­n rakanrakan­nya berjuang di beberapa kejuaraan di kaca televisyen.

“Boleh dikatakan, setiap perlumbaan Motogp, ARRC (Kejuaraan Motosikal Asia) dan CEV, saya akan menontonny­a. Setiap kali saya menonton aksi mereka, perasaan saya membuak-buak dengan mengharapk­an dapat pulih dengan cepat dan berlumba semula,” katanya.

 ?? [ FOTO NURUL SHAFINA JEMENON / BH ] ?? Danial Syahmi ketika Medicine Centre. menjalani rawatan di Kuala Lumpur Sports
[ FOTO NURUL SHAFINA JEMENON / BH ] Danial Syahmi ketika Medicine Centre. menjalani rawatan di Kuala Lumpur Sports

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia