Berita Harian

Timor Leste masih terkejut ‘dibelasah’

-

Bukit Jalil: Harimau Malaya ‘menelanjan­gkan’ kelemahan utama Timor Leste ketika meraih kemenangan besar 7-1 pada aksi playoff Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Ketua Jurulatih Timor Leste, Norio Tsukitate mengakui pemainnya jelas masih kurang berpengala­man di pentas antarabang­sa dan aspek itu membezakan kedua-dua pasukan.

Malah Tsukitate juga berasakan peluang pasukannya cipta kejutan sudahnya jadi anganangan namun masih mahu tampil aksi terbaik pada perlawanan kedua, Selasa ini sebagai platform mematangka­n pemain.

Bukan ahli silap mata

“Mungkin 99 peratus kami sudah selesai. Ianya sukar. Malaysia memberikan tekanan yang cukup tinggi kepada pemain saya.

“Pemain Timor Leste tidak cukup pengalaman. Paling penting sekarang pemain sudah dapat pengalaman aksi peringkat tertinggi,” katanya ketika ditemui pada sidang media sejurus tamat perlawanan.

Pada perlawanan itu, Harimau Malaya menamatkan babak pertama dengan kelebihan 4-0 menerusi jaringan La’ Vere Corbin Ong pada minit ke-10, Shahrel Fikri (m-22), Norshahrul Idlan Talaha (m-42) dan Safawi Rasid pada minit ke-45.

Pada masa sama, Tsukitate berkata beliau bukan ahli silap mata untuk ‘baiki’ pasukan secara drastik selepas segala kekangan yang dihadapi dalam pemilihan pemain.

“Di babak pertama, Malaysia beri tekanan dan pemain saya terkejut namun semuanya bermula daripada kesilapan kami. Ini bukan permainan biasa yang kami peragakan.

“Ya.. di Timor Leste agak sukar. 24 atau 25 pemain tidak berlatih selepas musim (pertanding­an domestik) enam bulan habis.

“Selepas itu mereka minum (alkohol) dan tidak berlatih,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia