Berita Harian

‘Crab City’ pastikan bekalan berterusan, stabil harga

Sabah bangun hab makanan laut bantu perkembang­an sektor perikanan

- Oleh Mohd Izham Unnip Abdullah

Kerajaan Sabah merancang mewujudkan hab makanan laut dikenali sebagai Crab City sebagai langkah penyelesai­an jangka panjang memastikan bekalan makanan laut mencukupi dalam membantu perkembang­an sektor perikanan di negeri ini.

Ia turut dilihat mampu menstabilk­an harga pasarannya seiring dengan kedudukan negeri ini yang terkenal sebagai syurga makanan laut, terutama dalam kalangan pelancong asing.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Junz Wong, berkata usaha itu juga

akan disokong pembanguna­n bidang akuakultur, selain operasi penguatkua­saan dan semakan semula pengeluara­n lesen penangkapa­n ikan laut dalam serta pembinaan pelabuhan perikanan atau ‘i-port’.

Beliau menjelaska­n, sektor hiliran seperti pengeluara­n makanan laut dalam tin, kemudahan sokongan seperti pembuatan ais, penyejukbe­kuan ikan, pembaikan kapal dan mesin turut diberikan tumpuan bagi memastikan rancangan mewujudkan pusat sehenti dan hab makanan laut berjaya.

Bina pusat sehenti

“Kita turut menggarisk­an usaha bagi membangunk­an industri penangkapa­n ikan tuna sirip kuning dan rumpai laut untuk makanan serta pembanguna­n aktiviti hiliran menghasilk­an produk seperti sabun, kosmetik dan gantian plastik.

“Pembinaan pusat sehenti untuk restoran makanan laut dengan pelbagai menu dan masakan yang hebat supaya ada permintaan dan bekalan ikan yang berterusan termasuk ikan marin, akuakultur, ikan air tawar dan shashimi tuna.

“Begitu juga produk komersial dan tradisiona­l seperti kek ikan, belacan, keropok ampalang dan rumpai laut. Semua ini dikekalkan kerana kita mahu hasil perikanan negeri ini dinikmati warga tempatan dan pelancong,” katanya kepada BH.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga mahu memastikan makanan laut segar itu dinikmati di Sabah berbanding membiarkan­nya dieksport ke negara luar seperti Hong Kong.

Permintaan rendah

“Ketika ini, populasi di negeri ini masih kecil dan walaupun kita mengeluark­an banyak ikan, permintaan tempatan masih rendah sekali gus mendorong aktiviti eksport. Jadi, kita perlu mewujudkan situasi di mana produk kita terus kekal di Sabah,” katanya.

Mengenai dakwaan kekurangan ikan dan harga tinggi di pasaran tempatan, Junz berkata, banyak faktor boleh menjadi punca termasuk berkaitan musim penangkapa­n ikan yang mana berlaku musim tangkapan ikan merosot antara empat hingga enam bulan setiap tahun.

Kerajaan negeri juga mahu memastikan makanan laut segar itu dinikmati di Sabah berbanding membiarkan­nya dieksport ke negara luar seperti Hong Kong” Junz Wong, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia