Berita Harian

Mahal tapi masih ‘murah’

-

Kota Kinabalu: RM120 hingga RM150 sekilogram! Itu harga yang harus dibayar jika mahu menikmati kelazatan udang kara segar di Pasar Besar Kota Kinabalu, di sini, sejak kebelakang­an ini.

Biarpun harganya agak mahal, namun ia dianggap masih ‘murah’ berbanding harganya di restoran, selain hotel yang mencecah antara RM200 hingga RM350 sekilogram.

Penjual udang kara, Said Levis, 40, berkata spesis udang itu mendapat permintaan tinggi dalam kalangan pelancong terutama dari China.

“Ada pelancong lebih suka membeli udang kara di pasar berbanding menikmatin­ya di restoran kerana harganya lebih murah. Mereka beli di sini lepas itu bawa ke medan selera di tingkat satu bangunan Pasar Besar dan meminta untuk dimasak, bayarannya RM15 sahaja,” katanya ditemui BH.

Said berkata, harga udang kara melambung sekali ganda berbanding 10 tahun hingga 20 tahun lalu.

“Dulu, harganya antara RM35 hingga RM60 sekilogram. Sekarang, kalau ada pun mungkin boleh beli terus daripada nelayan tetapi memang sukar.

Permintaan tinggi

“Kebanyakan hasil tangkapan nelayan terutama udang kara dan udang jenis mahal yang lain seperti udang harimau sudah ditempah,” katanya.

Beliau berkata, udang kara jualannya di Pasar Besar Kota Kinabalu ditangkap nelayan di Perairan Semporna dan berhampira­n Pulau Tiga berhampira­n Kuala Penyu.

Selain permintaan yang tinggi, katanya, kesukaran menemui hidupan laut itu juga antara sebab harganya melambung.

“Biasanya, udang kara ditemui di perairan berbatu karang di seluruh negeri. Sebelum ini udang kara biasanya dijual terus nelayan atau pemborong ke restoran makanan laut, selain dibekukan untuk dijadikan produk sejuk beku supaya mudah dibawa pulang oleh pelancong luar.

“Cuma, kebelakang­an ini ia banyak dijual di Pasar Besar Kota Kinabalu seiring dengan pertambaha­n pelancong. Malah, udang galah dari Sungai Kinabatang­an juga semakin banyak dijual berbanding sebelum ini,” katanya.

Harga meningkat sekali ganda

Katanya, udang itu dijual antara RM30 hingga RM50 sekilogram mengikut saiz bagi yang masih segar atau baharu ditangkap menunjukka­n peningkata­n sekali ganda berbanding antara RM20 hingga RM35 sekilogram sebelum ini.

Sementara itu, penjual udang galah, Nong Rony, 20, menjelaska­n penentuan harga bergantung kepada kepada tahap kesegarann­ya.

“Biasanya, harga udang galah jatuh jika sudah lama disimpan dalam ais. Jika baharu ditangkap, memang harganya mahal. Jika bersaiz besar boleh dijual serendah RM35 sekilogram,” katanya.

 ?? [FOTO MALAI ROSMAH TUAH/BH] ?? Said menunjukka­n antara spesies udang kara yang dijualnya di Pasar Besar Kota Kinabalu.
[FOTO MALAI ROSMAH TUAH/BH] Said menunjukka­n antara spesies udang kara yang dijualnya di Pasar Besar Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia