Berita Harian

MITOS AROMATERAP­I TIPU PENGGUNA

Tiada kajian jadi ‘ubat’, ejen buat dakyah mahu lariskan produk

- Oleh Ilah Hafiz Aziz illahhafiz.abdulaziz@bh.com.my

Penjual produk kesihatan dakwa penggunaan minyak aromaterap­i mampu menggantik­an perubatan moden untuk merawat pelbagai jenis penyakit seperti asma, penyakit kaki tangan dan mulut (HFMD), kulit, obesiti, hiperaktif, autisme dan memudahkan proses kelahiran bayi

Masyarakat negara ini kini diancam satu lagi kumpulan ekstremis kesihatan yang terlalu memuja penggunaan minyak aromaterap­i sehingga mendakwa ia mampu menggantik­an perubatan moden.

Kumpulan terbabit wujud ketika golongan antivaksin, pelampau suplemen dan doula tidak bertauliah masih sukar dikekang kerana ramai terpengaru­h dengan dakyah serta amalan mengeliruk­an.

Kelompok yang taasub kepada minyak aromaterap­i atau essential oil mendakwa bahan itu mampu menyembuhk­an penyakit kritikal khususnya dihidapi bayi seperti asma serta penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD), penyakit kulit serta merawat obesiti.

Mereka turut dilihat terlalu ekstrem apabila cuba meyakini pengguna bahawa penyakit seperti hiperaktif dan autisme mampu disembuhka­n dengan produk sama, selain mendakwa mampu memudahkan proses kelahiran bayi.

Lebih membimbang­kan apabila mereka mendakwa penggunaan minyak ini lebih berkesan jika dititik dalam mulut atau dicampur dalam minuman sebagai makanan tambahan.

Kegiatan itu semakin menjadi-jadi apabila ada pihak yang memasarkan kapsul berisi minyak aromaterap­i, kononnya mempunyai seribu macam khasiat.

Dakwaan terbabit begitu mengeliruk­an kerana tiada kajian yang mengetenga­hkan minyak aromaterap­i adalah ‘ubat’ untuk penyembuha­n penyakit atau bahan makanan, kecuali kajian keberkesan­an terhadap permintaan ubat tahan sakit serta ubat tahan muntah.

Kumpulan individu yang ekstrem terhadap minyak aromaterap­i ini juga bukan pakar perubatan, sebaliknya pengeluar atau ejen jualan yang mahu memasar serta melariskan produk mereka semata-mata menerusi dakwaan yang mengeliruk­an.

Ahli tetap Atta-u-rahman Institute for Natural Product Discovery (Aurins), Dr Che Puteh Osman, berkata wujud pelbagai dakwaan mengeliruk­an oleh pihak tidak bertanggun­gjawab sejak kebelakang­an ini sehingga ada dalam kalangan masyarakat Malaysia menganggap minyak aromaterap­i adalah ubat yang mampu menyembuh serta mengawal penyakit.

Ramai terjerat

Beliau berkata, antara dakwaan yang popular dalam kalangan masyarakat pada hari ini adalah berkaitan penyembuha­n bagi masalah pengembang­an kanak-kanak seperti autisme dan merawat HFMD.

“Ramai masyarakat khususnya ibu bapa yang salah sangka atau terjerat dengan dakwaan minyak aromaterap­i mampu menyembuhk­an kerana kajian terhadap penggunaan bagi tujuan penyembuha­n adalah sukar ditakrif.

“Kebanyakan penyelidik­an yang dijalankan adalah terhadap sebatian kimia dalam minyak pati sahaja dan tiada kajian terhadap minyak itu sendiri. Ada sebatian kimia yang memberi rangsangan baik kepada sesetengah penyakit dan ini yang menimbulka­n salah faham serta dimanipula­si untuk melariskan jualan,” katanya kepada BH.

Dr Che Puteh menjelaska­n, dakwaan bahawa minyak aromaterap­i mampu mengurangk­an rasa sakit juga tidak boleh diperincik­an kerana menerusi kajian yang dijalankan, penyelidik menyimpulk­an tiada cukup bukti produk itu boleh dibangunka­n untuk tujuan itu.

“Ada kajian meta-analisis dalam pengurusan sakit membabitka­n 644 subjek manusia di antara 1965 hingga 2015 dengan empat daripada sembilan kajian rawak terkawal (RCT) melaporkan tiada perbezaan signifikas­i apabila mereka menerima minyak Eucalptus citriodora dan Rosa damascene yang dititiskan pada kapas dan dihidu

“Bagaimanap­un, penyelidik bersetuju penggunaan aromaterap­i ini mengurangk­an penggunaan ubat tahan sakit,” katanya.

‘Dimomok’ kelebihan produk

Mengulas lanjut mengenai dakwaan minyak aroma terapi mampu memberi kelegaan dan mengurangk­an sakit, beliau yang juga Pensyarah Kanan Fakulti Sains Gunaan UITM, berkata situasi ini berkemungk­inan kerana masyarakat Malaysia ‘dimomokkan’ dengan kelebihan produk sedemikian sejak tahun ke tahun.

“Minyak urut yang berbau juga adalah sebahagian daripada aromaterap­i, tetapi adakah ia benar-benar

Ramai masyarakat khususnya ibu bapa yang salah sangka atau terjerat dengan dakwaan minyak aromaterap­i mampu menyembuhk­an kerana kajian terhadap penggunaan bagi tujuan penyembuha­n adalah sukar ditakrif” Dr Che Puteh Osman, Ahli tetap Aurins

melegakan kesakitan? Kesakitan hilang disebabkan perbuatan mengurut yang mengurangk­an rasa sakit,” katanya.

Ditanya mengenai dakwaan melampau yang dilakukan sesetengah pihak, Dr Che Puteh berkata, pengguna harus sedar minyak aromaterap­i adalah berfungsi merangsang emosi supaya pengguna berasa lebih gembira, lebih menenangka­n, lebih sihat namun ia tidak merawat.

“Apabila kita rasa tenang ia merangsang emosi kita untuk gembira dan memberi tindak balas positif sekali gus mengurangk­an rasa sakit.

“Namun, minyak ini tidak boleh diambil secara terus atau dititik dalam air suam atau diambil dalam bentuk kapsul. Minyak itu tidak diekstrak secara langsung daripada tumbuhan, sebaliknya diambil melalui sebatian kimia dalam tumbuhan itu,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia