Berita Harian

Tibi, pneumonia punca kematian 13 Orang Asli di Gua Musang sejak bulan lalu

Kematian berlaku sejak Mei berpunca guna air tadahan tercemar

- Oleh Ramli Ibrahim bhnews@bh.com.my

Penyakit tibi dan jangkitan kuman pada paru-paru, dipercayai menjadi punca kematian 13 Orang Asli suku kaum Batek di Kuala Koh di sini dalam tempoh sebulan lalu.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superinten­dan Taufik Maidin, berkata 13 kematian itu dilaporkan berlaku sejak Mei lalu hingga Khamis lalu.

Beliau berkata, dalam kes terbaru, pihak polis menerima dua laporan kematian daripada masyarakat

Orang Asli berkenan membabitka­n jangkitan kuman di paru-paru atau pneumonia.

“Seorang lelaki berusia 30 tahun meninggal dunia pada 29 Mei lalu, manakala seorang wanita berusia 21 tahun meninggal dunia jam 4 petang kelmarin disebabkan jangkitan kuman di paru-paru yang menyebabka­n batuk teruk.

“Hasil bedah siasat di Hospital Gua Musang mendapati mereka meninggal dunia kerana batuk teruk.

31 orang terima rawatan

“Siasatan juga mendapati ramai lagi penduduk yang menghidap penyakit yang sama ( jangkitan kuman di paru-paru) dan dipercayai tibi termasuk 31 orang yang sedang menerima rawatan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Taufik berkata, 13 daripada mereka menerima rawatan di Hospital Gua Musang (HGM) dan dua daripadany­a yang kritikal dihantar ke Hospital Kuala Krai (HKK).

Katanya, mereka yang lain menerima rawatan di Klinik Kesihatan Aring 1 dan Klinik Kesihatan Chiku 3 sebagai pesakit luar.

Sementara itu, Guru Agama Islam Orang Asli yang bertugas di penempatan suku kaum terbabit, Mohd Fadzli Mahmok, berkata mereka diserang penyakit itu sejak awal Ramadan lalu dan kini semakin bertambah.

Beliau berkata, penduduk terbabit diserang batuk sehingga badan menjadi kurus kering, dipercayai selepas menggunaka­n air tadahan bukit yang kotor akibat pencemaran.

“Mereka diserang penyakit itu sebulan lalu, namun tidak mendapatka­n rawatan awal kerana tidak ada kenderaan pacuan empat roda untuk ke klinik.

“Saya sempat menguruska­n pengebumia­n jenazah dua penduduk Orang Asli beragama Islam yang meninggal dunia di penempatan ini,” katanya.

Katanya, beliau bukan saja menguruska­n pengebumia­n penduduk yang meninggal dunia tetapi turut berusaha menghantar mereka untuk mendapatka­n rawatan di HGM.

 ??  ??
 ??  ??
 ?? [FOTO RAMLI IBRAHIM /BH] ?? Kawasan tadahan air bukit yang menjadi keperluan penduduk Orang Asli di Kuala Koh, Gua Musang tercemar berikutan aktiviti perlombong­an bijih besi.
[FOTO RAMLI IBRAHIM /BH] Kawasan tadahan air bukit yang menjadi keperluan penduduk Orang Asli di Kuala Koh, Gua Musang tercemar berikutan aktiviti perlombong­an bijih besi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia